Saturday 2 June 2012

The Power of Smile ◕‿◕✿

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Untuk entry pertama saya untuk bulan Jun saya nak anda baca dulu bait2 kata di bawah:


Senyum seindah suria
Yang membabawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...



Anda pernah dengar bait kata tersebut?? Ya, itu merupakan lirik sebuah lagu yang bertajuk "senyum". Senyum pun ada lagu. Lagu patriotik pulak tu. Tak cukup dengan lagu, tengok pula gambar2 di bawah:



Logo kempen senyum Perbendaharaan Malaysia
Logo kempen senyum MAMPU
Logo kempen senyum MoA

Haa....tak cukup dengan lagu. Siap dengan kempen lagi. Orang Malaysia ni susah nak senyum agaknya sampaikan senyum pun kena berkempen. Agaknya lah. Apa pun alasannya, kali ni saya nak kongsikan mengenai kuasa senyum atau dalam loghat omputehnye "The Power of Smile" berdasar kan pendapat Cik F. Heee....^_^

1. Senyuman tanda keyakinan.
Salah satu tips untuk pengucapan umum (public speaking) ialah senyum sebelum, semasa dan selepas memberi ucapan. Ia bertujuan untuk menunjukkan keyakinan kita terhadap apa yang kita sampaikan itu benar. Begitu juga apabila kita bercakap dengan rakan2, penemurarah, ahli keluarga atau sesiapa saja, berikanlah senyuman yang paling manis. Barulah tak nampak benor nipunye.......ehh??

2. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit.
Berjangkit apa? Berjangkit senyum la.... Ada kalau kita senyum kat seseorang tu dia marah kat kita? Ada la kadang2... Tapi selalunya mesti orang tu balas dengan senyuman. Walaupun kita tak kenal orang tu. Pernah satu ketika saya berjalan dengan kawan saya dan seseorang senyum kepada kawan saya dan kawan saya juga senyum kepada dia seperti saling mengenali. Saya pun tanya kepada kawan saya, "ko kenal ke?", lalu kawan saya pun menjawab, "dia senyum aku senyum la..". See...tak pulak kalau orang senyum kat kita, kita masam pulak kat dia kan.. Tapi sebaiknya senyum kepada yang sama jantina je la. Kalau selisih dengan yang berlainan jantina sebaiknya kita tundukkan pandangan. 

3. Senyum itu pembuka rezeki.
Masa saya kerja part-time sebagai cashier dulu, supervisor saya selalu mengingatkan saya supaya senyum. Sebab bila kita senyum, pelanggan selesa untuk masuk ke kedai dan berurusan dengan kita. Saya pun tak suka masuk kedai yang pelayannya tak reti nak senyum dan buat muka ketat je. Layan pun macam nak taknak je macam kita tak mampu nak beli barang kat kedai tu. Rasa grrr je masuk kedai macam tu kan. Rasa macam nak keluar balik je, tak dapat beli barang kat situ pun tak pe la. Kann....da hilang sorang customer. Dah lari rezeki.. 

4. Orang yang senyum mudah didekati.
Macam point di atas jugak, tapi lain sikit. Bila kita senyum, kita mudah didekati. Contohnya bila kita sampai di tempat baru dan tiada siapa yang kita kenali, contohnya bila kita baru mendaftar di kolej. Mesti kita takde kawan lagi kan..mesti kita nak kenal kawan baru kan... So sebelum berkenalan tu senyum la dulu, baru senang nak dapat kenalan. Bila kita senyum juga, orang lain pun tak takut nak tanya atau tegur kita.

5. Senyuman memberi rasa positif dalam diri.
Percaya tak bila kita senyum kita akan rasa positif?? Tak caya cuba senyum :). Apa yang anda rasa? Sekarang cuba masamkan muka anda pula. Apa yang anda rasa?? Saya tak tahu macam mana nak terangkan yang ini. Hehe...:D Tapi saya dapat rasakan ada kesan positif dalam diri bila saya selalu senyum. 

6. Senyum itu satu sedekah.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab).

Senyum itu sedekah. Bila sedekah mesti dapat pahala kan? Begitu baiknya Allah SWT kan? Senyum je dapat pahala. Jadi tunggu apa lagi, senyum la :))

Sekian  ◕‿◕✿



No comments:

Post a Comment