Tuesday 26 February 2013

Muslim Niaga (Re-post)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tujuan saya re-post mengenai Muslim Niaga ni sebab saya nak bagitahu ada update mengenai pakej premium Muslim Niaga. Bagi yang minat untuk menjadi RANIA Muslim Niaga tetapi merasakan RM498 itu cukup besar nilainya bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, saya ada BERITA BAIK untuk anda semua.

Yuran pendaftaran PAKEJ PREMIUM MUSLIM NIAGA kini dah diturunkan kepada RM300 sahaja dan kos operasi bulanan tetap RM50.

Bagi yang masih belum tahu apa itu Muslim Niaga, meh saya terangkan sekali lagi.

Apa itu Muslim Niaga?
Muslim Niaga menyediakan platform bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan online. Bagi anda yang berminat dengan perniagaan online tetapi tak tau macam mana nak mula, atau takde produk, atau takde    modal.. di sini la tempatnya. Muslim Niaga menyediakan platform perniagaan secara "dropship" .

Apa itu "dropship"?
Dropship ialah teknik pembekalan barangan terpilih di mana penjual tidak perlu menyimpan stok. Bila ada tempahan produk atau pembelian dari pelanggan, segala proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal. Kalau ada yang tak faham meh rujuk gambarajah di bawah.



Apabila anda mendaftar pakej premium Muslim Niaga, anda akan menerima satu website yang dikenali sebagai kedai online. Contoh kedai online boleh klik di sini. Nak cuba membeli pun boleh. :)

Untuk menjalankan perniagaan dropship ni anda tidak memerlukan produk, malah tidak perlu menyimpan produk pun. Semua produk akan disediakan oleh Muslim Niaga.

Jika anda mempunyai produk pula, anda boleh bekalkan kepada Muslim Niaga. Tiada kos tambahan yang dikenakan oleh Muslim Niaga. Malah Muslim Niaga tidak mengambil sebarang keuntungan terhadap produk yang anda bekalkan. Anda cuma perlu daftar pakej premium Muslim Niaga untuk menjadi pembekal. Tetapi syarat tambahan untuk menjadi pembekal anda perlu mengaktifkan kedai online anda selama 6 bulan sekali gus. Sebenarnya, ada diskaun jika anda mengaktifkan 6 bulan. Anda dapat jimat RM60 berbanding anda mengaktifkan kedai online setiap bulan. Bagi pakej serendah ini, anda bukan sahaja dapat menjual produk anda, anda juga mendapat agen baru untuk mengedar produk anda. Selain itu, anda juga boleh menjual produk-produk yang sudah tersedia di kedai online anda.

Apa produk yang disediakan?
Kebanyakan produk yang disediakan oleh Muslim Niaga merupakan produk Islamik. Dah nama pun Muslim kan.... Contohnya Al-Quran Digital, wangian Kasturi Syifa, buku2 Islamik, makanan kesihatan berasaskan Habatussauda, pakaian muslimah, telekung travel dan banyak lagi. Dalam gambar di bawah ini anda boleh lihat senarai 30 produk paling HOT di Muslim Niaga setakat bulan Januari lalu.


Apa yang anda perlu sediakan hanyalah sebuah komputer dengan connection internet. Jika anda mempunyai smartphone, itu merupakan bonus tambahan bagi anda. Anda boleh respon kepada customer anda di mana2 saja dengan mudah dan pantas. 

Anda tidak perlu risau kalau anda tak reti macam mana nak bangunkan laman web, ataupun kos untuk bangunkan laman web yang tinggi. Di Muslim Niaga selepas anda mendaftar, dengan automatiknya anda menjadi rakan niaga atau lebih dikenali sebagai "RANIA". Anda juga akan menerima satu laman web yang dikenali sebagai "kedai online" seperti contoh yang anda lihat tadi. Apa yang perlu anda lakukan cuma sediakan nama domain untuk kedai online anda. Nama domain tu merupakan nama atau alamat web kedai online ada. Contohnya "www.namadomain.com". 

Jadi kalau anda berminat untuk membuat perniagaan online, di sini anda dah jumpa caranya dan tempatnya.... Jangan risau, ni bukan MLM atau saham yang macam login duit yang "login facebook duit masuk tu". Memang boleh login facebook duit masuk tu, tapi ada caranya. Kita sendiri yang promosi produk dalam kedai online kita, kalau ada jualan ada lah duit masuk. Yang penting usaha...dan tawakal.

Selain itu juga, anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai menjalankan bisnes sorang2. Bantuan dan sokongan akan diberikan kepada anda melalui Support Group di Facebook. Segala masalah dan pendapat boleh dibincangkan di situ. Staff2 Muslim Niaga dan RANIA yang lain akan membantu anda. Maknanya anda perlu la ada akaun Facebook untuk join bisnes ni.


Di sini saya kongsikan sedikit gambar testimoni dari RANIA2 Muslim Niaga. 



Ok lah, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muslim Niaga, anda boleh klik di sini untuk ke laman web Muslim Niaga. Jika anda ada kemusykilan atau inginkan maklumat lebih lanjut, boleh PM di facebook saya. InsyaAllah saya akan berikan service terbaik untuk anda. 

Klik pada imej untuk maklumat lanjut Muslim Niaga
"Pabila Peniaga Islam Bersatu, Kami Menggegar Ekonomi Dunia." 
^
.
.
.
Tagline Mukmin Global

Sekian saja untuk entry kali ini. Wassalam. :)