Thursday 31 May 2012

Memandang dengan pandangan rahmat


Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin ‘abidah mukhlisah ilallahi ta’ala.


Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, 
dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me’neraka’kan orang.
Itu urusan Allah SWT. 
Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, 
dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, 
tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, 
yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa,
mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.

Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.



#notajemari : Saya tertarik dengan puisi ni dan ingin mengabadikannya dalam blog saya. Semoga bermanfaat untuk saya dan anda :))

Tuesday 29 May 2012

Apew yunx kaw cAkap neyh arhh?? Aquw tax pham larhh..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Haa..neyh larh bAhasew budax2 zaman skAwaNg. TaK tAw larh peW yUnx Beshh cgt cakAp cam nEyh. pewNat adeW arr nax pkir ejAaN. kAduNk2 tepIkey gaX. nEy bHasew bAwuW kE yUnx Adex2 skAWang bLajaW kaT SkoWlaH adeQ2. BiLeW plarx LArh siliyBes bWu dpeRkeNAlkan.
Faham tak perenggan di atas. Ayat2 di atas hanyalah bebelan merapu yang saya karang menggunakan bahasa budak2 zaman sekarang. Bahasa budak2 zaman sekarang?? Ada bahasa baru ke?? Tak tahu pun... Hmm...ni la hakikatnya zaman sekarang. Kalau tengok facebook budak sekarang banyak ejaan macam ni yang boleh dijumpai. Apa lah nak jadi. Perosak bahasa. 


Saya pun tak tahu apa yang seronok sangat bila menaip dengan bahasa macam ni. Kalau dulu famous dengan "bahasa sms" macam klu, dgn, yg, sy, awk, n sbg nya. Saya boleh faham lagi tujuannya untuk memendekkan sms ataupun nota. So dapat jimatkan penggunaan huruf seterusnya dapat mengurangkan kos penghantaran sms disamping menjimatkan masa. Tapi kalau macam ayat di atas tu, untuk apa? Nak kata jimatkan huruf, tak jugak. Macam lagi panjang dari ejaan sebenar je. Nak kata jimatkan masa pun tak sebab saya ambil masa yang panjang untuk fikir ejaan untuk ayat yang di atas tu. Yang membacanya pulak, mak aih berbelit lidah. Jenuh nak memahamkan apa yang ditulis. 


Tak lah semua budak2 sekarang guna bahasa macam tu. Cuma segelintir sahaja. Tapi rasa annoyed jugak la bila post2 diorang naik kat news feed kt fb tu. Mereka macam berlumba-lumba pulak reka perkataan siapa paling hebat. Kalau tak tulis bahasa macam tu kira kolot la, jatuh standard la kot.


Gambar hasil carian di Google




Terfikir jugak, tak tersasul ke tangan tu tulis perkataan2 macam tu dalam kelas, dalam exam. Kalau ye, nanti tak pasal2 free2 je kena tolak markah dalam karangan Bahasa Melayu korang. Sampai bila nak guna bahasa macam tu. Saya pun biasakan kalau menaip dengan anak2 buah saya dan budak2 kat fb, saya gunakan bahasa yang skema. Jangan pulak kita terikut ayat2 mereka.


Buat adik2 or mungkin ada jugak abang2 or kakak2 yang guna bahasa macam tu, hentikanlah. Daripada penat fikir ejaan untuk satu2 perkataan tu baik kita tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris ataupun belajar bahasa ketiga. 


Tapi macam mana pun saya akui bahasa tulisan saya ni pun tak sempurna mana. Ejaan pun tak mengikut skema bahasa melayu yang sebenar. Tujuannya untuk lebih mudah difahami sebab bahasa perbualan saya pun lebih kurang macam ni. hehe...


Sekian (^_^)


#notajemari : Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.



Monday 28 May 2012

Why I Like Mathematics??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,




Since I am a mathematics student, so in this entry I want to share why I like maths. These are the five reasons for my title..

1. Sebab tak banyak hafal.
Eh, soalan english, jawab BM pulak. Oh My English!!!!!! haha... never mind. Back to my topic.   Why I said that maths "tak banyak hafal". Sebab dalam matematik kita cuma perlu hafal formula and then just working on it. Try to solve the problem by using the skills that we have learned. Formula2 yang kena hafal tu pulak banyak kali kita guna, so lagi mudah la nak ingat. Cuma matematik ni kena banyak buat latihan la. Kalau tak sempat buat latihan sendiri pun, atleast buat latihan yg cikgu/lecturer bagi. Subjek apa pun kena rajin... Kalau sejarah, biologi tu kena rajin membaca dan hafal nama2 saintifik yang homosapiens, hibiscus rosa sinensis bagai tuh.. matematik kena rajin buat latihan. Baru la nanti masa exam tangan tu tak tergagap-gagap (tangan tergagap-gagap?? apakah???) nak tulis jawapan.


2. Our experiments are only using pen and paper.
Senang kan?? Tak payah nak masuk lab, bedah katak, pegang tabung uji, kaki retort, bahan kimia, asid2 yang bahaya tuh. My lecturer said "our experiments are only using pen and paper". Dapat data, tulis atas kertas, buat calculation and modelling to find the result. 


3. Boleh bawak masuk kalkulator dalam dewan exam.
Bagi saya interesting-lah. Boleh bawak alat bantuan pulak masa exam. Bosan2 dalam dewan tu boleh la main tekan2 calculator...huhu.. ade pulak masa bosan kann... Tapi kalkulator ni memang alat terpentinglah untuk budak maths. Kalau lupa bawak mendalah tersebut masa exam merana hidup. Huuuu....(T,T)   


4. Mathematics is The Queen of Sciences.
Carl Friedrich Gauss, a famous mathematician, said that "Mathematics is the Queen of Sciences and number theory is the Queen of Mathematics". Why?? I haven't discover yet. Tapi secara tak langsung rasa bangga jugak la berada dalam bidang ni. Heeee......^^


5. Because mathematics is fun.
Tak caya?? Hehe...tgk ni,



kalau yang susah nak hafal bentuk graf bolehlah praktikkan tarian ni..


dua lukisan di atas merupakan graf yang dipelajari dalam subjek calculus.


ada yang tersirat sebenarnya disebalik gambar di atas. Dalam matematik punca kuasa (-1) itu disimbolkan kepada "i". Jadi faham2lah apa yang tersirat dalam gambar di atas.

dan ini...hehe...
ini juga..

Jadi bila anda berada dalam kalangan budak2 maths, anda akan seronok menggunakan simbol2 dan perkataan yang tersirat ni. Sekian (^_^)..

#notajemari : orang selalu cakap budak matematik ni budak skema. terima je lah dgn hati yg terbuka...=.=""

Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Entry amende plak ni?? Huhu....tadi saya takde keje (bukan xde sebenarnye tp mls nk buat lagi. hehe....) saya pun blogwalking stalking2. Pastu terjumpa plak satu entry pasal segmen ni.



Memandangkan Cik F baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni, so apa kata Cik F join segmen ni bagi menghangatkan lagi blog Cik F. hohoho.... Dah konfem2 blog Cik F ni mematuhi syarat2nye kan. Tak gitu Encik FR??

Kepada yang nak join jugak segmen ni click on this link. Cepat sementara stok masih ada.....hehehe...^^v.

Sekian.



Thursday 24 May 2012

Kawal Kemarahanmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Di zaman atas-talian (online) ni, boleh dikatakan semua orang ada laman sosial sendiri seperti Facebook dan Twitter. Ia sesuatu yang bagus bergantung kepada cara kita gunakan. Satu yang saya nak katakan kali ni, apabila ada yang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk melepaskan geram, marah, tak puas hati dan sewaktu dengannya. Bila tak puas hati dengan sesuatu, post kat Facebook, post kat Twitter. 


"Facebook aku, suka hati aku la!" Hey, kalau status kau tu private untuk kau sorang xpe jugak. Ni berapa ribu friend kau boleh baca bila kau post . Apa tujuannya? Nak ceritakan tentang keburukan seseorang? Nak orang lain benci orang yang kau kutuk, kau marah tu? Apa pun alasannya, kawallah kemarahanmu itu. Tak perlu nak update status2 macam tu. Takde kebaikan pun buat macam tu.


Bukan itu saja yang nak saya perkatakan mengenai marah. Ada juga segelintir orang yang suka memarahi orang dikhalayak ramai, seperti seorang bos memarahi pekerjanya, seorang pelanggan memarahi jurujual dan sewaktu dengannya. Kalau nak marah tu cover2 lah sikit. Tak perlu nak marah depan khalayak ramai.


 Cakap mengenai marah saya teringat akan satu cerita yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz dalam satu kuliah yang pernah saya hadiri. Ceritanya lebih kurang begini.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. 
Jadi mari kita renungkan, di mana kelebihan marah itu. Bila kita minta maaf, seseorang yang dimarahi itu boleh memaafkan kita. Tapi luka di hati siapa yang tahu? Luka di tangan pun meninggalkan parut. Mungkin dia sudah memaafkan kita, tetapi ingatannya kepada kata2 kesat maki hamun anda mungkin tidak dapat dilupakan. Tambahan pula dia dimarahi di khalayak ramai, sudah tentu dia akan berasa malu. Pasti mereka fikir bukan2 tentang dirinya. Tak dinafikan kesabaran seseorang itu ada batasannya. Marah tu boleh, tapi biarlah bertempat. Kalau seseorang tu buat salah tegurlah dengan cara berhikmah. 


Tengok gambar ni,
yang memarahi
dan ini,
dua2 tak comel kan? (Time ni je x comel...time lain comel..)


Tengok yang bawah ni, sweet je...hehe...




 Jadi marilah kita semua kawal kemarahan supaya semua orang comel, cantik, ayu, jelita, hensem, kacak dan bergaya. :))


Sekian.

Sunday 20 May 2012

Cik F Outstation

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Pergghh...tajuk. Outstation lah sangat. Huhu...yelah. Pada 12, 13 & 19 Mei yang lalu saya dan beberapa lagi pelajar dari Fakulti Sains Komputer Sains (FSKM) dan Fakulti Undang2 keluar dari UiTM untuk menghadiri  JA Business Ethics Boot-camp 2012 di Universiti Malaya.  

All participants

Sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai camp ni, ia berlangsung selama 3 hari dan disertai oleh 5 buah IPTA iaitu UiTM, UM, UKM, UPM & USIM. Sebenarnya program ni memerlukan kami berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. So, let's change our language. Heee.... But sorry if there is a lot of mistakes in my grammar. I'm still in the learning process.  

For the first two days, we are divided into four groups. My group's name is "Imagine-Nation". 

The Imagine-Nation

Yes..imagine..nation.. What we did in that days, we learn about what is ethics, code of ethics, ethical dilemmas, interdependence, mutual respect and some other things that related to ethics. We were doing some activities in the group. Discuss and present about ethics in our daily life and for our future. The best thing is, our group won for the best group among the four groups. Hehe....

At the end of the second day, we were assigned to do a group project from respective universities. UiTM represent 2 groups since we have a large number of student. What is the project is all about, we were given a study case. We need to starting up a plan for an organization and apply what we have learned in that two days. Since we are from different faculty and course, it is difficult for us to meet-up and discuss. But, as time change, we are lucky since we just can use the technology. For those who can't meet-up, we just do the on-line discussion.

The presentation were held on 19th May. Once again, the best thing is.. As the result from the integration of law and CS students, my group won the 2nd runner-up and another group won the 1st runner up. Yeaaayyyy.....wuhooo.... Alhamdulillah.  And the winner is from UKM+UPM students. 

We won the 1st & 2nd runner-up


What I can summarize from this program, to be a successful person, in our daily life we need to be an ethical person. Actually, since we are child, there are a lot of ethics that we have learn and apply such as, don't take other person's belonging, don't throw away the rubbish everywhere, telling the truth, and so on. However,  we will face some ethical dilemmas that need us to make a right and wise decision. So, in making decision we need to consider some choices that will give benefit to us. 


What was fun in this program is of course the food. Heee..... The food served is "sangat mewah" and delicious. Perrgghh...this is the best part for all the days. XD

Lunch plate

The other thing is, I got many new friends from different universities. Tengokla rakan kat FB I dah bertambah.... huhu... So that I can create networking with them. By attending this program also, I think my critical thinking is improved. 

So that's all what I can share about this program. If you are the readers who get the opportunity to attend this program, just go. Dapat makan sedap. 0opss.... You can get much benefits that are very useful for our daily life and our future. All the best guys :))

The UiTM participants


#notajemari : Semakin ramai yang mengenali kita, semakin perlu untuk kita menjaga etika kita.

Saturday 12 May 2012

Sebab-sebab blog ni wujud



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk first entry di blog ni, saya ingin kongsikan sebab2 saya buat blog ni. Sebenarnya dah lama teringin nak ada blog sendiri tapi baru sekarang terlaksana. Berikut adalah sebab2 kenapa saya ingin berblogging.

saye da ade blog :))

1.      Orang lain ada blog kita pun nak ada blog.
      Macam fenomena laman sosial lah. Orang lain ada facebook kita pun nak ada facebook. Orang lain ada twitter kita pun nak ada Twitter. Bila orang lain ada blog, saya pun nak ada blog juga lah. Tengok macam best je kan bila baca blog. Macam2 yang di”post”. So saya pun nak try juga lah berblogging untuk rasa sendiri best ke tak jadi blogger.

2.      Mencungkil bakat menulis.
      Kalau nak dibandingkan dengan orang lain, saya ni bukanlah penulis yang baik. Ingat lagi masa sekolah dulu kalau nak buat karangan jenuh nak brainstorming sorang2 fikir idea untuk isi karangan. Kadang2 bila dah ada idea tak reti nak kembangkan pulak. So sekarang saya kembali untuk menggunapakai apa yang pernah dipelajari masa sekolah dulu. Walaupun saya bukan penulis yang baik buat masa ini, but “practice make perfect”.:)

3.      Berkongsi ilmu dan pengalaman.
Dengan wujudnya blog saya ni, saya ingin berkongsi ilmu bermanfaat yang saya pelajari sama ada secara formal ataupun tidak.  Setiap hari akan ada ilmu baru yang kita akan pelajari. Ilmu yang diperoleh bukan untuk disimpan seorang diri sahaja. Rasulullah S.A.W. pernah berpesan, “Sebarkanlah ilmu walaupun sebaris ayat”. Jadi dengan adanya blog ni bolehlah saya kongsikan apa yang saya tahu dengan anda2 semua. Sharing is caring right? 

4.      Sebagai memori.
Tak semua ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui akan diingati. Jadi dengan wujudnya blog ni bolehlah dijadikan rujukan untuk masa hadapan apabila diperlukan  nanti.

5.       Aktifkan otak.
Saya rasa dengan menulis blog ni akan menggiatkan lagi otak untuk berfikir. Ye lah, mesti nak buat satu2 entry tu kita akan fikir apa yang nak ditulis,macam mana nak menghuraikan ttg sesuatu perkara, macam mana nak mengolah ayat supaya apa yang ingin kita sampaikan tu difahami oleh orang lain. Jadi ni salah satu cara untuk saya mengaktifkan otak saya.


Jadi ni lah antara sebab2 kenapa saya nak berblogging. Sebelum tu saya nak mintak maaf lah sebab bahasa dan struktur ayat yang saya gunakan tak boleh dijadikan rujukan atau dalam erti kata lain bukan ayat yang boleh digunakan dalam urusan rasmi. (Err…what I’m saying…haha…). Saya pelajar matematik. Jadi sila faham kenapa ayat saya tunggang langgang. Hee… Sekian. (^_^)




#notajemari : saya budak baru blaja. kalau salah tolong tunjukkan.