Saturday 26 January 2013

Owh tidak!!! Virus shortcut menyerang!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mengalami situasi di mana, anda pergi ke kedai printing untuk print assignment, tiba2 semua fail dalam pendrive anda jadi shortcut??

"Owh tidak!!! kenapa jadi macam ni. Bila anda klik fail tersebut tak boleh bukak. Mana pergi assignment2 aku ni?? penat semalaman tak tidur buat assignment ni. Dah la takde backup. Hari ni deadline nak submit assigment ni pulak. Habis la aku...." Anda mula gelabah. Begini la jadinya fail2 dalam pendrive anda.


Tahukah anda yang ini semua disebabkan oleh virus sahaja?? Virus yang apetah namenye tu telah menyembunyikan file2 anda. Ada beberapa setting yang perlu dilakukan untuk mengembalikan file2 anda itu. Tetapi ia agak berisiko sebab takut file2 penting dalam komputer anda akan hilang pulak nanti.

So sekarang ni saya nak share satu software untuk mengatasi masalah "virus shortcut" ni. Anda boleh download "virus shortcut remover" di link ini dan simpan applikasi ini di semua device anda seperti pendrive, memory card, external hard disk, laptop dan tak lupa juga di pendrive rakan2 anda supaya anda sentiasa ada backup bila masalah ini berlaku.

Cara untuk remove virus tersebut.. tak perlu install pun.. cucuk je device yang bermasalah 2 lepas 2 run software tadi. Bila run, anda akan dipaparkan dengan pop-up macam ni,


kalau anda nak remove virus di pendrive atau other external memory, klik button "pendrive" tu. Lepas 2 pop-up tersebut akan berubah seperti ini.

ok, rujuk gambar di atas dan baca arahan di bawah. Nombor2 dalam gambar tersebut merupakan step2 yang anda perlu lakukan.
  1. pilih device anda
  2. klik button "scan". dua pop-up akan terpapar. klik je "yes" dan "ok"
  3. kalau device anda tu ada virus, list virus akan terpapar di ruangan "select file to delete". tick semua n klik button "delete" untuk hapuskan virus yang dah menghuru-harakan assignment kita tu. theheeheee :'(
File yang disembunyikan tu akan kelihatan semula. InsyaAllah..yeay!! Selamat assignment aku. 

Mesti ada yang wondering kenapa ada logo uitm di situ. Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, aplikasi ni merupakan produk uitm (tak sure dibuat oleh student or staff). Apa2 pun, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan software ni. Sangat2 membantu.

Nota tambahan : 
  • always scan your device every time after you connect your device to other PC
  • keep your antivirus up-to-date
  • always backup your assignment/important file to other memory
Sekian, wassalam. :)




Wednesday 16 January 2013

Dakwah Melalui T-Shirt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini saya nak update, selain bekerja dengan Team Muslim Niaga, saya juga bekerja dengan Team Ezy Artz Studioz.. Sebenarnya sama je dua2...dua2 ahli yang sama. Cuma projek yang berlainan. Ehehe... Muslim Niaga menyediakan platform dan servis untuk perniagaan online. Ezy Artz Studioz pula mengusahakan projek "Dakwah is Fun".

Di Ezy Artz Studioz, usaha kami lebih tertumpu kepada menjual tshirt yang berunsurkan dakwah. Kami tidak menjalankan dakwah secara extreme dengan memberi ceramah, sebab kepakaran kami bukan di situ. Tetapi kami menjual tshirt yang mempunyai design berunsur dakwah yang mengajak semua ke arah kebaikan. Kami jugak tidak sempurna, masih dalam usaha membetulkan diri masing2. Tak salah kan kalau kita berpesan-pesan? Ingat mengingati? Dalam masa yang sama kita ingatkan diri kita juga.:)

Sekarang ni Team Ezy Artz Studioz sedang mengadakan promosi Jualan Penghabisan Stok. 

Jadi dapatlah anda membeli baju-baju dari design kami pada harga yang lebih rendah. Jika kita tak mampu nak berdakwah dengan suara, berdakwahlah dengan kata-kata di baju ini. Sekarang jom cekidaut saiz2 yang available. Kalau2 anda berkenan dengan design baju2 ni n saiz anda pun available jugak, juz PM me on facebook to place order.

 Untuk t-shirt "Freedom for Gaza " ini RM5 dari setiap pembelian anda akan disumbangkan ke Gaza melalui Tabung Aman Palestine









INFO MENGENAI T-SHIRT:

  • untuk stock yang available, tshirt adalah "round-neck" dan "lengan pendek"
  • material 100% cotton
  • ketebalan 180gsm
  • design menggunakan teknik "silkscreen" kecuali Freedom for Gaza yang menggunakan teknik "heatpress"
Ini pula measurement untuk setiap saiz.


Jadi jika pembaca semua nak dapatkan tshirt ni, PM je saya di facebook. Saya akan beritahu maklumat lanjut untuk cara membeli. Selain itu kami juga sedang mencari agent2 untuk menjual stok baru tshirt2 design kami yang bertemakan dakwah. Kami akan menambah design2 baru dari semasa ke semasa dan buat sharing di group Facebook. Jika anda berminat untuk menjadi agent juga, PM saya. Saya akan beri maklumat lanjut. :)

Sekian, wassalam. 

Sunday 13 January 2013

Nak berniaga tapi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini saya cuma nak update yang saya dah pun tamat latihan industri di Mukmin Global Sdn Bhd. Sebenarnye dah lama pun tamat.  Tiga minggu lepas. Tapi baru nak update. Wakakaka.... lambat betul. Lantak la, blog aku. Jadi sekarang lengkaplah requirement saya untuk menjadi graduan Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran. Tinggal nak tunggu result semester ni n konvo je lagi. InsyaAllah... Walaupun saya dah tamat degree, tak bermakna saya dah habis belajar. Pencarian ilmu takkan berakhir sampai bila-bila. :)

Dan untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah, saya diserap untuk bekerja di MGSB sebagai pekerja tetap. Syukur Alhamdulilla tak sempat menganggur. Rezeki datang awal. Semoga tempat ini menjadi tempat terbaik untukku menyumbang ilmu dan kemahiran yang aku ada. Dan dapatlah aku belajar ilmu yang bermanfaat juga di sini.

Untuk pengalaman praktikal, hari tu dah goreng dalam report LI, jadi malas nak cerita lagi dah. Hehe... Cukup semua rasa yang dilalui. Manis, pahit, masin, pedas semua ada. Itulah yang mematangkan kita. (ecewah....matang sangat lettew...)

Hehe...kalau korang perasan, dekat tab kat blog saya atas tu ada tab "My Online Shop". Maksudnye apa tu? Itu la kedai online saya. Jemput la singgah dan membeli. Hehe....

Akhirnya terlaksana jugak impianku untuk berbisnes. Sebenarnya walaupun aku ni student matematik, tapi aku juga berjiwa bisnes. Pandai sangat aku berjiwa. Haha....dari mana minat tu datang...mungkin keturunan jugak kot. Ibu ayah dan makcik pakcik aku ramai yang berbisnes, tapi kecil-kecilan je la...dari situ la kot minat tu datang. Aku dengan kembar aku pun selalu bincang pasal bisnes, nak buat SDSI la kt kampung...duk fikir produk SDSI kami tuh. Masa diploma dulu pun aku pernah buat bisnes jual perfume..tapi tak berapa menjadi sebab kekangan masa dan kecetekan ilmu bisnes. Jadi bisnes tu terkubur di situ saja.

Dan dengan kewujudan Facebook yang menjadi viral di kalangan penduduk bumi ni terutamanya student, dah ramai yang berniaga secara online di Facebook. Ini telah sekali lagi menarik minat aku untuk berniaga online pulak. Tapi masalah yang aku hadapi, aku tak tahu nak jual apa. Lepas tu, aku tak tahu nak cari barang dekat mana, lepas tu aku tak tahu nak letak barang dekat mana sebab aku menyewa rumah dengan kawan ramai2. Biasa la student......lepas 2 mcm mana aku nak buat delivery or pergi borong barang sebab aku takde transport. Dan selalunya yang menjadi masalah utama untuk berniaga ni ialah modal. Jadi hasrat aku tu dipendamkan je la dulu. Study lagi baik. Ingat tujuan aku datang U ni. Huhu....

Dan apabila aku berada di semester terakhir sebelum praktikal, senior aku dah praktikal. Memang la macam tu sepatutnya kan?? haha...jadi ada sorang senior ni bgtau yang tempat praktikal dia nak cari orang untuk praktikal kat situ untuk sem depan. So aku apply je la.. n ada jugak aku apply tempat lain. Dan sesudah beberapa ketika, aku menerima tawaran dari beberapa tempat, termasuk MGSB. Memandangkan MGSB je yang menawarkan elaun dekat aku, jadi aku terima je la praktikal di sini. Hehe...

Dan bila aku dah masuk praktikal di sini...baru la aku tahu impian yang aku pernah pendamkan dulu tu boleh diselesaikan di sini rupanya....itu la... tak buat research.. haha... Masalah takde produk, takde ruang, takde transport, tak cukup modal tu bukan la masalah besar sebenarnya. Sebab Muslim Niaga ada penyelesaiannya. Ehh..korang tau kan MGSB ni company apa? kalau tak tahu sila rujuk entry aku yang lama2 tu. Hehe...

Salah satu impian aku dah pun terlaksana iaitu untuk memiliki bisnes sendiri. Walaupun di bawah platform Muslim Niaga, tapi dikira bisnes sendiri jugak la sebab aku sendiri yang handle. Terasa macam aku bermonolog sorang2 pulak malam ni, haha....

Jadi pembaca semua, since korang dah tahu aku ada "kedai", rajin2 la singgah ye. Tak kisah la korang nak window shopping pakai window 7 ke, window 8 ke, singgah je... aku tak suruh korang bayar pun. :D kalau2 ada yang berkenan di hati tu jemput la beli ye. Itu kena bayar. hehe.... panduan untuk membeli juga disediakan di laman web tu. Cara paling mudah korang sms or pm je saya. :)

Kalau ada pembaca2 yang berminat jugak nak ada kedai online sendiri, boleh rujuk entry saya yang lepas. Tajuk "Muslim Niaga" tu. Kalau korang ade sebarang kemusykilan, PM je saya di fb. Saya kan memang dah kerja di Muslim Niaga. Hohooooo......InsyaAllah saya akan memberi servis yang terbaik untuk anda semua. :)

Rasanya sampai di sini entry aku buat kali ini. Sekejap aku, sekejap saya, harap korang faham.. :D

Tak best entry tanpa gambar. Jadi terima la gambar ni yg menunjukkan aku dh x sabar. :)



Sekian, Wassalam.