Tuesday 16 October 2012

Superstition!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



"Wahh, tengok pelangi tu, cantiknya......."
"Eh, jangan tunjuk pelangi tu. Nanti jari kudung."

Tiba-tiba je duduk sorang2 mengadap lappy melayari internet sambil2 blogwalking... teringat pulak pasal benda ni. Pasal kepercayaan karut atau mitos orang dulu-dulu atau dalam bahase omputehnye "superstition". Nak kata kepercayaan orang dulu2 sangat tu tak la sebab sampai sekarang pun masih ada yang percaya. 

Antaranya :

1. Kalau tunjuk pelangi, nanti jari kudung.  
2. Kalau makan leher ayam, nanti kepala teleng masa bersanding.
3. Kalau makan tukar2 tempat nanti kahwin banyak.
4. Jangan letak kaki tinggi dari tempat duduk, nanti hutang keliling pinggang.
5. Kalau anak dara nyanyi di dapur nanti dapat suami tua. 
6. Lambat basuh tangan nanti mak mertua tak sayang. 
7. Jangan tulis nama orang guna pen merah, nanti orang 2 mati eksiden. 
Dan banyak lagi......



Kalau masa kecik2 dulu memang percaya benda2 ni dan memang tak berani nak buat. Ikut je membuta tuli apa orang tua cakap. Ye la, kite budak2 kan.... Ape tau... Tak pernah pulak fikir logik, bukti, dan sebagainya. Sampai masuk sekolah pun, kawan2 cakap "jangan tunjuk pelangi tu, nanti jari kudung. Isap jari yang kau tunjuk tadi." Bukan sorang, tapi ramai. Maknanya memang ramai la yang tau. Mana tak caye kan...

Tapi bila dah besar sikit macam sekarang, sembang2 dengan kawan2 pasal kepercayaan ni rasa kelakar pulak. Hahaha... Tapi bagi saya, kebanyakan kepercayaan ini direka oleh orang dulu2 supaya kita menjaga adab sopan dangan bahasa yang sopan.

Contohnya,

Jangan makan dalam kuali, nanti dapat suami/isteri hitam. 
Kita orang melayu kan memilih sikit.. Taknak pasangan hitam macam negro tu. Bila dengar macam tu tak berani nak buat. Hakikatnya, mereka tak benarkan anak2 mereka makan dalam kuali sebab nanti makanan tu tercemar.. masuk air liur dalam makanan tu.. kan tak elok... dalam kuali tu banyak lagi makanan untuk orang lain. Nanti orang lain geli pulak nak makan.

Jangan nyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. 
Anak muda pastinya taknak dikahwinkan dengan lelaki tua. Lelaki tua yang dibayangkan di sini adalah lelaki tua yang dah kerepot dan selayaknya dipanggil atuk. Tapi jangan kan pangkat atuk, pangkat ayah pun pastinya ramai yang taknak kan.. Jadi, tak berani la nyanyi kat dapur. Hakikatnya, orang2 tua tak bagi nyanyi dekat dapur sebab nanti terpercik air liur dalam masakan. Nanti asyik leka menyanyi, tersalah masukkan ramuan dalam makanan pulak. Buat kerja pun jadi lambat dan tak fokus. Sebab tu orang tua dulu2 tak bagi nyanyi dekat dapur.. Lagipun suara yang lunak tu kan aurat.. ye dok??

Kalau makan tukar2 tempat nanti kahwin banyak. 
Ni bagi perempuan la.. Sape yang nak kawin banyak kali kan.. kawin cerai, kawin cerai, taknak la cenggitu.. kalau kawin nak la bahagia sampai akhir hayat...till jannah giteww... ecewah.. hehe... Hakikatnya, tak elok makan tukar2 tempat. Maksud makan tukar2 tempat di sini, bila kita makan sesuatu masa tu.. mula2 duduk sini, lepas tu duk situ, lepas tu sana pulak. Orang tengok pun rasa annoying. Kalau yang jenis makan nasi berterabur tu habis bersepah sana sini.

Jangan letak kaki tinggi dari tempat duduk, nanti hutang keliling pinggang. 
Semua orang mesti taknak hutang banyak2 kan? Ingat senang ke nak berhutang dengan orang? Nak hutang tu memang senang tapi nak bayar balik tu yang jenuh!!  Tau tak apa balasan  orang yang tak menjelaskan hutang? Tau tak?? 


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,
"Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." 
                                                                                             [Riwayat al-Baihaqi]
Risau tau, risau kalau tak dapat bayar hutang. Hutang PTPTN pun tah bila baru dapat bayar. Kann....betapa susahnya berhutang. Tapi hakikatnya tujuan orang2 tua tak bagi letak kaki tinggi dari tempat duduk sebab nampak sangat tak sopan dan biadap.

Begitu la semua larangan orang2 tua tu bersebab. Tapi sejauh  mana kebenaran alasan2 yang diberikan mereka tak dapat dipastikan. Wallahu'alam. Kalau nak tahu betul ke tak, buat la. Tapi apa la salahnya kita meninggalkan larangan2 mereka tu. Apa yang baik dilakukan, yang tak baik dijauhkan. Kalau tak percayakan alasan2 tersebut pun, sekurang-kurangnya kita dapat menjaga adab sopan kita sebagai orang Islam dan Melayu..

Tapi kalau makan leher ayam, nanti kepala teleng masa bersanding tu menurut abangku orang tak bagi makan leher ayam sebab ianya sedap dan sikit je.. Mereka nak makan so tu yang mereka cakap begitu.. hehehe...maklum la mereka kan dah berkahwin..

Tapi ada jugak pantang-larang pantang-larang yang saya masih tak dapat kenalpasti alasannya seperti yang tunjuk pelangi tu. Kalau anda tahu sebabnye bagitau la ye. Thanks.. ^_^

Sunday 14 October 2012

Gemuruh Suara~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

memandangkan blog ni agak suram sejak akhir2 ni, meh kita layan video ni. Copied from the description of the video at youtube,
Embrace the spirit of Team Malaysia. It's the Gemuruh Suara music video!

The passion and pride of Team Malaysia performed by Malaysians from all walks of life, from citizens to celebrities, in one rousing and stirring video.

Performed by : Ramli Sarip,Caprice & One Buck Short
Memang rasa semangat tu semacam je bila dengar lagu ni. Tambah pulak semangat kesukanan saya terserlah sejak mula praktikal ni. Mana tak nya, tengok aktiviti2 yg dah dibuat sepanjang 5 minggu kembali ke Shah Alam ni.

1. Jogging.
    Memang sekarang ni rasanya saya nak giatkan aktiviti berjogging ni sebab best. Best?? Sebab tu je?? huhu... tak lah. Tapi memang best la. Tujuan nk giatkan aktiviti jogging ni sebab nk tingkatkan stamina. Kalau tidak, tak exercise, rasa badan penat je. Jalan sikit dah penat. Macam mana nak pusing satu shopping complex? Kalau setakat Plaza Alam Sentral tu boleh la sebab kecik. Kalau macam Time Square tu?? Penat!! Nak pergi Lowyat lagi cari barang komputer, pusing2 KL Sentral tengok barang, nak jalan ke Monorail lg. Penat kot kalau tak cukup stamina. Eh, melalut dah. Huhu... Berbalik ke topik jogging tadi, setakat ni baru sekali pun dapat jogging kat Tasik Shah Alam. Tasik Seksyen 7 belum berkesempatan lagi sejak mula praktikal ni. Maklum lahh...sejak bekerjaya ni I busy uollsss.... busy memenuhkan masa hujung minggu dengan roomates baru. Kalau weekdays memang tak sempatlah. Tapi jogging pusing tasik sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah ciptaan Allah SWT sambil sumbat telinga dengan earfon dengar lagu memang "feel"nya sangat awesome!! Kalau tak jogging, jalan pun jadilah. ehee... ^_^


2. Badminton.
   Dah lama tak main badminton. Dulu zaman2 sekolah rajin la main kat kampung. Bila dah besar sikit kurang main. Malas nak keluar rumah. Panas!! Nanti hitam kulit I. Macam la puteh sangattt.... Tapi baru minggu kedua masuk praktikal, team Mukmin Global dah ajak main badminton kat atas Giant Seksyen 7. Pegi la dan main la. Best jugak!! Walaupun dah lama tak main tapi masih boleh bermain. Maksudnya skill masih ada. Huhu...tapi tak la sehebat encik CEO kiteww dan atlet2 SAF tuww.. Game kedua terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu dan aktiviti ni direhatkan buat seketika sebab management team tengah pancit. Maklum la.. Banyak outstation. Tapi next game bakal menyusul..

3. Cycling.
   Ni yang paling best tapi melibatkan kos sikit. Pun baru sekali berpeluang cycling untuk semester ni di Bukit Cerakah. Hari tu pergi dengan roomates yang 2 orang tu, Cik Y dan Cik T. Kononnye nak pegi cycling awal pagi sebab kalau lambat2 nanti panas. Tapi maklumla...bila tiga anak dara bersiap, lambat la sikit jadinye... Alang2 ke Bukit Cerakah kan... nak buat la fotografi sikit...kena la pakai cantik2 kan.... Lepas 2 bila difikir-fikirkan kat Bukit Cerakah tu mesti lama sebab besar. So breakfast la dulu untuk mengelakkan kepancitan tenaga semasa cycling. Sesampainye di Bukit Cerakah, dah beli tiket, pegi kat tempat sewa basikal.... dah habis basikalnye... kena tulis nama kat waiting lists. So pusing2 la dulu Bukit Cerakah tu naik bas. Tengah hari jugak baru dapat cycling. Akhirnye kan... dapat jugak. Tapi tak lama pun cycling.. sejam je sebab Cik T dah tak larat. Maklumla kawasan berbukit... Mengah dibuatnye bila mendaki tapi berangin bila menuruni. Lajuuu.... Hehe... Tapi nasib baik I baru jogging, ada stamina, tak la penat sangat cycling untuk sejam tu. Steady je..tak baik riak Cik F...

4. Squasy.
   Hehehe....ni gara2 si roomates si Cik T dan Cik Y la ni. Cik Y memang pandai main squasy manakala si Cik T pulak teringin nak main. Disebabkan satu malam tu saya lapar, si roomates ni pulak nak makan lepas main squasy. So saya pun ikut la mereka2 ni main squasy dulu kat pusat sukan uitm. Alang2 masuk tu kan... main la jugak. Best rupanya. Main sekejap je la sebab bagi peluang si roomates berdua tu main puas2. 

5. Solitaire.

  Ni pun boleh tersenarai ke? Ahaha....game ni tersenarai sebab kebosanan yang melampau di ofis taktau nak buat ape bagi hilangkan rasa mengantuk masa takde kerja. Beberapa kali main tapi selalunya kalah!!! 

Cukup terserlah tak semangat kesukanan Cik F tu?? Tu baru 5 minggu, belum 14 minggu. Hehe... Apa2 pun bersukan, bersukan jugak.. Tanggungjawab, ibadah tu jangan dilupakan. Report LI jangan lupa dibuat. Buku log perlu sentiasa di"up-to-date". Jangan sampai supervisor nak datang baru terhegeh-hegeh nak mintak sign dari bos. (pesanan untuk diri sendiri.)



Niat asalnye nak letak video je kat entry ni sebab dah lama takde post. Tapi bila dah start menaip ni ada pulak idea nak menulis. Alhamdulillah.... :)) Terima kasih Ya Allah atas ilham Mu.

Sekian, wassalam.

Thursday 4 October 2012

Sebulan dah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dah hampir sebulan saya menjalani latihan industri di Mukmin Global Sdn Bhd. Pernah dengar nama company tu? Kalau tak sila la google ye. Hehehe....Insya-Allah saya akan buat entry pasal company saya kerja tu satu hari nanti. Pengalaman setakat ni, Alhamdulillah.. Seronok. Dengan bos, staff, dan rakan sepraktikal yang lain. Bergaul dengan ramai orang jugak terutama customer2 company saya. Seronok tengok semangat mereka dalam melakukan perniagaan dan sangat bermotivasi tinggi dan saling tolong-menolong.

Hari ni ofis didatangi oleh seorang akak (tp bersama family beliau lah. Ada juga customer lain yang datang.). Ok, berbalik kepada "akak" tadi, sebenarnya apa yang membuatkan saya nak tulis entry kali ni adalah berpunca dari beliau. Masa tu bos takde, so ade lah sembang2 sikit dengan dia.

Dia tanya la, praktikal kat sini buat kerja apa. Kebetulan pulak masa tu memang takde kerja sbb bos tak tinggalkan kerja untuk kami semua budak praktikal.. So dia cakap daripada buang masa macam tu buat la sesuatu yang boleh develop minda kita. Dari sekarang mulakan tulis blog. Kalau boleh, tulis setiap hari tentang apa saja. Mengenai minat kita ke... Apa yang terlintas di fikiran. Betul jugak, memang tulis blog ni men"develop"kan minda kita. Membuatkan otak kita lebih berfikir.

Ok la, setakat ni je entry saya kali ni. Doakan yang terbaik untuk praktikal saya ni. Saya ada cita2 yang besar, dan saya nampak ada jalan untuk saya mencapai cita2 saya di sini.

Sekian. :))