Sunday 23 June 2013

Matematik Pengkomputeran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam entry yang lepas lepass lepassss saya dah cerita pasal kos diploma saya kan, Diploma Sains Kuantitatif. So sekarang saya berhajat nak cerita pasal kos degree saya pulak. Kot ada yang berhajat nak jadi junior saya sambung degree Matematik Pengkomputeran, or in english, Computational Mathematics. :D

Jika anda lepasan diploma uitm, anda boleh apply degree melalui uitm dan diberi 4 pilihan. Saya dulu macam ni la, masa sem akhir diploma, saya apply degree melalui UiTM dan Matematik Pengkomputeran atau nama glamournye "mathcomp" merupakan pilihan ke-4 saya. Wuwuwuwu.....kenape?? kenape?? kenape?? saya tak layak ke nak dapat pilihan pertama? Orang cakap mathcomp ni susah. Siap kene belajar fizik lagi. (susah la dah lame tinggalkan fizik. dulu siap lari xnak sambung fizik. huhu...)

Kawan2 saya ramai yang dapat first choice diorang. Tapi dalam pilihan diorang memang ramai yang tak letak mathcomp dalam senarai. Sebab takut dengan subject promogramming. Aku ni suka jugak programming tapi tak berani amik risiko sebab orang cakap susah. So letak la pilihan ke 4.

Masa dapat tawaran degree ni tak same macam dapat tawaran diploma dulu..sebab sekarang dah ramai kawan yang akan sambung 1 fakulti. Masa 2 masing2 duk update status kt fb pasal tawaran degree ni.. bukan poyo....tapi nak mintak pendapat dan nak dengar pandangan dari orang lain.

Ada sekali 2 aku komen dengan lecturer aku... dia pun cakap "Mathcomp ni susah...awak kene set ur mind since your first day". Macam tu la lebih kurang. Lecturer aku ni student satistics dulu. Hihi...

Walaubagaimanapun, aku percaya Allah akan berikan yang terbaik untuk aku. Allah swt tidak akan membebankan kita melebihi kemampuan kita. Dia percaya aku mampu. So aku pun terima je la kos ni.... xde pulak nk fikir tukar kos ke.. nak biar je dulu tawaran 2...sem depan baru apply balik.. Tak! aku tak buat macam tu. Aku daftar je.

Lagipun aku tahu ada beberapa orang kawan aku yang dapat kos 2 jugak. Aku kawan je la dengan diorang. Tak perlu nak ikut orang yang sama setiap masa kan...

Yang selalu aku dengar, kalau kita dari diploma nak sambung degree kos yang sama, kita boleh skip sem. Buat pengecualian credit yang dah amik masa diploma n terus masuk part 3 degree. So masa daftar degree dulu ada kecelaruan jugak la di situ. Masa daftar dulu aku tak tanya pulak Ketua Program yang uruskan pendaftaran untuk student mathcomp. Then masa nak daftar kolej, duk isi borang dengan kawan2 baru la nk tanya2 semua.."kita ni part berapa?". Ada yang cakap part 2, ada yang cakap part 3. So confuse dah...

Hari isnin lepas pendaftaran tu ada perjumpaan semua pelajar baru dengan ketua program masing2. Masa tu campur semua student baru dari lepasan diploma n matrik. Yang dari diploma 2 ada yang dari diploma sains kuantitatif, diploma sains komputer dan ada juga dari diploma sains.

Masa tu barulah kami tanya yang kami ni part berapa. Dan alangkah kaciwanya kami di situ sebab ketua program kami cakap yang kami dari diploma sains kuantitatif masuk part 2. Jadinya tempoh pengajian kami 3 tahun.. Wuwuwuwuuuu ;(. Kalau dari matriks, tempoh pengajian diorang 3 tahun setengah. Takpe la diorang muda lagi..... Alangkah sedihnya lagi bila tau mereka yang sambung pure math n management math masuk part 3. Takpe la. Redha tu ikhlas je lah :)

Now, kita review subject2 yang perlu diambil untuk memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran.

Calculus : Kena belajar calculus 1, 2 & 3. Masa diploma dulu dah belajar. So aku buat PC (pengecualian credit).

ODE : Nama panjang Ordinary Differential Equation. Best belajar subject ni. Banyak aplikasi. Salah satunya kita boleh kira berapa lama satu mayat tu dah mati. Feeling2 CSI lah. hehe...

Programming : Aku buat PC C++, lepas 2 belajar JAVA programming. Ada mini project. Group aku buat user interface untuk jual majalah. Rupa dia ala2 NurNikmart.Com punya interface. Tapi biasa2 je la.. hehe...

Physics : Aku pun x tau apa kena mengena physics dengan mathcomp. Belajar je.. 2 sem belajar physics. Best jugak sebab boleh buat experiment, masuk lab... kos FSKM lain tak rase macam ni. hihihh :D Part 1 belajar pasal motion, acceleration, ketumpatan, benda2 fizikal 2, part 2 belajar electronic

Vector Calculus : Advance kepada calculus. Vector calculus ni melibatkan 3 dimension (x,y,z). Sebab tu nama dia vector. Lepas 2 kira velocity, acceleration, n lain2 yang belajar fizik tuh. Owh..ada kaitan rupanya fizik dengan mathcomp ni. Tapi aku rasa lagi best kalau belajar vector calculus dulu baru fizik. Sebab budak math ni gila math dari fizik. Hehehe..

Philosophy : semua student FSKM wajib belajar. So xnak cite pasal subject ni. Surprise......

Number Theory : belajar teori nombor lah. hehe... contohnye, kenapa 1+1=2. Bukan sekadar kira2. Kami buat math essay tau dalam subjek ni

Coding & Cryptography : belajar coding code2 rahsia :D. Mesti lulus Number Theory dulu baru boleh amik subject ni.

Software Engineering : subject berkenaan system (macam system Muslim Niaga tu). Ada mini project jugak.

Mathematical logic n proving techniques : belajar logic2 dalam mathematic. Ada feeling2 lawyer dalam subject ni.

Real Analysis : Banyak buat proving mathematics.

Complex Analysis : Macam real analysis tapi melibatkan imaginary number (i).

PDE : Nama sebenar Partial Differential Equation. Killer subject!!! Jalan pengiraan yang sangat panjang. 1 soalan memerlukan 3, 4 pages jalan penyelesaian. Belajar rajin2 ye adik2 semua :) Jangan ponteng kelas.

Mathematics Project :This is the Final year Project. Segala apa yang pernah dipelajari sepanjang degree akan diaplikasi dalam project ni. At the end of the semester, ada showcase.

group fyp Cik F
Ok. Cukup kot review pasal subject2 mathcomp ni. Next pasal peluang kerja. Alhamdulillah, saya dah berjaya menamatkan pengajian dan sudah menerima ijazah pada 20 May 2013 yang lepas. 


So kalau korang ada soalan kalau graduate mathcomp ni nak kerja apa, saya bgtau berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 je la ye. 

Berdasarkan dalam gambar di atas ni, sorang kerja bahagian finance di pusat pentauliahan kecantikan dan spa, sorang cikgu, dua lagi kerja di Standard Chatered bank. Kita ada ilmu, usaha dan tawakal je lah selebihnya untuk cari kerja, rezeki sama ada nak kerja makan gaji atau kerja sendiri. Ok, sampai di sini untuk post kali ni. See yaa...

p.s. : Sebenar entry ni dah lama dalam draf tapi separuh jalan je... So kalau korang baca macam kat atas tu macam rajin gila cerita panjang2 tp dekat bahagian bawah tu habis macam 2 je faham2 je la ye c(;

Sekian, wassalam.



Pengubat Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Agak lama juga saya tak update sebarang post di sini disebabkan kekangan masa dan ketandusan idea. Tapi kali ni saya tak nak cakap banyak. Cuma nak share ni je.


Sebagai pengubat rindu kepada post Cik F. Hehe... 

Sekian, wassalam.