Sunday 23 June 2013

Matematik Pengkomputeran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam entry yang lepas lepass lepassss saya dah cerita pasal kos diploma saya kan, Diploma Sains Kuantitatif. So sekarang saya berhajat nak cerita pasal kos degree saya pulak. Kot ada yang berhajat nak jadi junior saya sambung degree Matematik Pengkomputeran, or in english, Computational Mathematics. :D

Jika anda lepasan diploma uitm, anda boleh apply degree melalui uitm dan diberi 4 pilihan. Saya dulu macam ni la, masa sem akhir diploma, saya apply degree melalui UiTM dan Matematik Pengkomputeran atau nama glamournye "mathcomp" merupakan pilihan ke-4 saya. Wuwuwuwu.....kenape?? kenape?? kenape?? saya tak layak ke nak dapat pilihan pertama? Orang cakap mathcomp ni susah. Siap kene belajar fizik lagi. (susah la dah lame tinggalkan fizik. dulu siap lari xnak sambung fizik. huhu...)

Kawan2 saya ramai yang dapat first choice diorang. Tapi dalam pilihan diorang memang ramai yang tak letak mathcomp dalam senarai. Sebab takut dengan subject promogramming. Aku ni suka jugak programming tapi tak berani amik risiko sebab orang cakap susah. So letak la pilihan ke 4.

Masa dapat tawaran degree ni tak same macam dapat tawaran diploma dulu..sebab sekarang dah ramai kawan yang akan sambung 1 fakulti. Masa 2 masing2 duk update status kt fb pasal tawaran degree ni.. bukan poyo....tapi nak mintak pendapat dan nak dengar pandangan dari orang lain.

Ada sekali 2 aku komen dengan lecturer aku... dia pun cakap "Mathcomp ni susah...awak kene set ur mind since your first day". Macam tu la lebih kurang. Lecturer aku ni student satistics dulu. Hihi...

Walaubagaimanapun, aku percaya Allah akan berikan yang terbaik untuk aku. Allah swt tidak akan membebankan kita melebihi kemampuan kita. Dia percaya aku mampu. So aku pun terima je la kos ni.... xde pulak nk fikir tukar kos ke.. nak biar je dulu tawaran 2...sem depan baru apply balik.. Tak! aku tak buat macam tu. Aku daftar je.

Lagipun aku tahu ada beberapa orang kawan aku yang dapat kos 2 jugak. Aku kawan je la dengan diorang. Tak perlu nak ikut orang yang sama setiap masa kan...

Yang selalu aku dengar, kalau kita dari diploma nak sambung degree kos yang sama, kita boleh skip sem. Buat pengecualian credit yang dah amik masa diploma n terus masuk part 3 degree. So masa daftar degree dulu ada kecelaruan jugak la di situ. Masa daftar dulu aku tak tanya pulak Ketua Program yang uruskan pendaftaran untuk student mathcomp. Then masa nak daftar kolej, duk isi borang dengan kawan2 baru la nk tanya2 semua.."kita ni part berapa?". Ada yang cakap part 2, ada yang cakap part 3. So confuse dah...

Hari isnin lepas pendaftaran tu ada perjumpaan semua pelajar baru dengan ketua program masing2. Masa tu campur semua student baru dari lepasan diploma n matrik. Yang dari diploma 2 ada yang dari diploma sains kuantitatif, diploma sains komputer dan ada juga dari diploma sains.

Masa tu barulah kami tanya yang kami ni part berapa. Dan alangkah kaciwanya kami di situ sebab ketua program kami cakap yang kami dari diploma sains kuantitatif masuk part 2. Jadinya tempoh pengajian kami 3 tahun.. Wuwuwuwuuuu ;(. Kalau dari matriks, tempoh pengajian diorang 3 tahun setengah. Takpe la diorang muda lagi..... Alangkah sedihnya lagi bila tau mereka yang sambung pure math n management math masuk part 3. Takpe la. Redha tu ikhlas je lah :)

Now, kita review subject2 yang perlu diambil untuk memiliki Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran.

Calculus : Kena belajar calculus 1, 2 & 3. Masa diploma dulu dah belajar. So aku buat PC (pengecualian credit).

ODE : Nama panjang Ordinary Differential Equation. Best belajar subject ni. Banyak aplikasi. Salah satunya kita boleh kira berapa lama satu mayat tu dah mati. Feeling2 CSI lah. hehe...

Programming : Aku buat PC C++, lepas 2 belajar JAVA programming. Ada mini project. Group aku buat user interface untuk jual majalah. Rupa dia ala2 NurNikmart.Com punya interface. Tapi biasa2 je la.. hehe...

Physics : Aku pun x tau apa kena mengena physics dengan mathcomp. Belajar je.. 2 sem belajar physics. Best jugak sebab boleh buat experiment, masuk lab... kos FSKM lain tak rase macam ni. hihihh :D Part 1 belajar pasal motion, acceleration, ketumpatan, benda2 fizikal 2, part 2 belajar electronic

Vector Calculus : Advance kepada calculus. Vector calculus ni melibatkan 3 dimension (x,y,z). Sebab tu nama dia vector. Lepas 2 kira velocity, acceleration, n lain2 yang belajar fizik tuh. Owh..ada kaitan rupanya fizik dengan mathcomp ni. Tapi aku rasa lagi best kalau belajar vector calculus dulu baru fizik. Sebab budak math ni gila math dari fizik. Hehehe..

Philosophy : semua student FSKM wajib belajar. So xnak cite pasal subject ni. Surprise......

Number Theory : belajar teori nombor lah. hehe... contohnye, kenapa 1+1=2. Bukan sekadar kira2. Kami buat math essay tau dalam subjek ni

Coding & Cryptography : belajar coding code2 rahsia :D. Mesti lulus Number Theory dulu baru boleh amik subject ni.

Software Engineering : subject berkenaan system (macam system Muslim Niaga tu). Ada mini project jugak.

Mathematical logic n proving techniques : belajar logic2 dalam mathematic. Ada feeling2 lawyer dalam subject ni.

Real Analysis : Banyak buat proving mathematics.

Complex Analysis : Macam real analysis tapi melibatkan imaginary number (i).

PDE : Nama sebenar Partial Differential Equation. Killer subject!!! Jalan pengiraan yang sangat panjang. 1 soalan memerlukan 3, 4 pages jalan penyelesaian. Belajar rajin2 ye adik2 semua :) Jangan ponteng kelas.

Mathematics Project :This is the Final year Project. Segala apa yang pernah dipelajari sepanjang degree akan diaplikasi dalam project ni. At the end of the semester, ada showcase.

group fyp Cik F
Ok. Cukup kot review pasal subject2 mathcomp ni. Next pasal peluang kerja. Alhamdulillah, saya dah berjaya menamatkan pengajian dan sudah menerima ijazah pada 20 May 2013 yang lepas. 


So kalau korang ada soalan kalau graduate mathcomp ni nak kerja apa, saya bgtau berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 je la ye. 

Berdasarkan dalam gambar di atas ni, sorang kerja bahagian finance di pusat pentauliahan kecantikan dan spa, sorang cikgu, dua lagi kerja di Standard Chatered bank. Kita ada ilmu, usaha dan tawakal je lah selebihnya untuk cari kerja, rezeki sama ada nak kerja makan gaji atau kerja sendiri. Ok, sampai di sini untuk post kali ni. See yaa...

p.s. : Sebenar entry ni dah lama dalam draf tapi separuh jalan je... So kalau korang baca macam kat atas tu macam rajin gila cerita panjang2 tp dekat bahagian bawah tu habis macam 2 je faham2 je la ye c(;

Sekian, wassalam.



Pengubat Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Agak lama juga saya tak update sebarang post di sini disebabkan kekangan masa dan ketandusan idea. Tapi kali ni saya tak nak cakap banyak. Cuma nak share ni je.


Sebagai pengubat rindu kepada post Cik F. Hehe... 

Sekian, wassalam.

Thursday 28 March 2013

Jam Tawaf Hijra

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, Cik F nak perkenalkan produk-produk yang ada di kedai online Cik F. So kali ni Cik F nak review mengenai Jam Tawaf keluaran Hijra.


Gambar di atas merupakan salah satu design Jam Tawaf yang dijual di kedai Cik F. Kedai yang Cik F maksudkan tu kedai online la ye. Belum mampu nak buka kedai fizikal lagi. InsyaAllah satu hari nanti Cik F akan buka kedai fizikal pula. Doakan Cik F ye. :)

Ok, mengenai Jam Tawaf ini, kenapa ianya dikenali sebagai Jam Tawaf?
Sebab pergerakan jarumnya mengikut arah pusingan lawan jam biasa ataupun PUSINGAN TAWAF. Mungkin ada yang bertanya, ataupun bermonolog dalaman, "dah elok2-elok jam tu pusingan ke kiri kenapa nak ubah arah lawan jam pula?".

Pernah tak kita terfikir KENAPA TAWAF DAN HUKUM ALAM BERPUTAR ARAH LAWAN JAM?  Mesti ada sebab semua itu..

Sedikit Fakta Mengenai Hukum Alam Bergerak Ikut Arah Lawan Jam :
  • Pergerakan Tawaf di Kaabah adalah pergerakan dari kanan ke kiri (bergerak lawan jam).
  • Orbit dalam pusingan setiap pergerakan jisim atom bergerak dengan prinsip hukum tawaf.
  • Atom melakukan pergerakan mengikut hukum lawan jam seperti peredaran planet-planet di angkasa.
  • Pergerakan tawaf atau pusingan lawan jam mengimbangi sistem otak dan tulang belakang.
  • Imej DNA yang ditunjukkan di dalam warna juga mengikut hukum bergerak lawan jam.
  • Prinsip lawan jam atau ke kanan sebenarnya adalah pergerakan semulajadi seperti pergerakan darah dari jantung yang terletak di kiri yang akan menggerakkan aliran darah ke kanan & balik semula ke kiri.
  • Dan ada banyak lagi fakta hebat tentang pusingan arah tawaf...
Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Al-Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan KANAN.

Pergerakan tawaf dan elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom bergerak ke kanan. Kanan melambangkan kebaikan sejagat.

Antara fakta pemakaian jam tangan ini. 
  • Melerai radiasi bebas dengan frequensi tinggi
  • Meningkatkan tahap tenaga sel-sel tubuh pada ukuran yang paling seimbang.
  • Menyingkirkan keracunan di dalam sel-sel detoksifikasi.
  • Melancarkan aliran elektik melalui darah sebelum ditukar menjadi tenaga gema.
  • Memperbaiki dan memantapkan fungsi hipotalamus (bahagian otak tengah) untuk daya lebih fokus.
Ini adalah fakta sains fizik dan boleh diuji tenaganya.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat Jam Tawaf ini:
  • Sebagai pengimbang semulajadi setiap detik/saat.
  • Menjadikan fikiran lebih tenang dengan penghantaran mesej tenaga secara tetap dan sekata.
  • Membantu mengawal rentak jantung.
  • Mengharmonikan sistem kesemua kelenjar.
  • Memenuhi falsafah hukum 7 kuasa meguasai tenaga.
Mengukuhkan 7 Keadaan:
  1. KEBERANIAN mengatasi KESILAPAN
  2. KELAJUAN mengatasi KELEWATAN
  3. KEMUDAHAN mengatasi RINTANGAN
  4. KESTABILAN mengatasi KUCAR-KACIR
  5. KEKUATAN mengatasi KELEMAHAN
  6. KEUNTUNGAN mengatasi KERUGIAN
Panjang pulak review Cik F pasal Jam Tawaf ni. Tapi tu lah, Cik F rasa macam perlu untuk share info2 ni dengan anda semua. Cik F dapat info ni dari supplier jam tawaf. Kalau korang nak lebih info lagi boleh la ke http://colourvibrationtherapy.com/jamkekanan.htm.

Ok, ni contoh Jam Tawaf yang dijual di kedai online saya. www.nurnikmart.com. Kalau nak tahu macam mana pergerakan jam ni boleh tengok jam clockwise melalui cermin. Macam tu lah kedudukan nombor dan pergerakan jarum. Cuma tulisan jam tak reflect.


Jam Tawaf Hijra ini terdiri daripada beberapa jenis. Kalau berminat boleh terus ke link berikut.
Selain tu, anda juga boleh dapatkan "couple set" jam mix & match pada harga istimewa. Couple set ni terdiri daripada jam saiz biasa plus saiz nano. Kalau nak tahu bagaimana boleh contact Cik F melalui nombor di kedai online.

Selain tu dengan ada PROMOSI lagi!! Setiap pembelian jam tangan mix & match anda aka mendapat 1 extra strap SECARA percuma. Promosi ni sehingga 14 April 2013 saja tau. Jadi beli la cepat. :)

Tahukah anda...
Jam tangan dan dinding yang asal, telah diciptakan pergerakannya dengan putaran ke arah KANAN, dan putaran ini mengikut TRADEMARK pergerakan TAWAF, dan jam ini sudah lama diguna-pakai oleh umat Islam, selama 1200 tahun, selepas dunia ini dimodenkan secara perlahan-lahan sejak 200 tahun lepas, sejarah putih ini telah dihitamkan, dan semakin ramailah manusia memakai jam Anti-Tawaf seperti hari ini.

Memang suatu yang pelik bila orang lihat kita memakai Jam Tawaf ini, kerana sudah lama kita terpesong dengan memakai Jam Anti-Tawaf (jam biasa), tapi sampai bila kita nak pakai jam biasa yang jelas bertentangan dengan Fitrah alam yang diciptakan Allah secara Harmoni iaitu mengikut pusingan Tawaf. Walaubagaimanapun, saya tak cakap pemakaian ataupun penggunaan jam anti-tawaf itu salah atau tidak boleh, tetapi apa salahnya kita cuba pula ikut Fitrah semulajadi alam. Pasti ada kelebihannya. InsyaAllah :)



Sekian, wassalam. 

Jana pendapatan tanpa produk sendiri



Wednesday 27 March 2013

Servis design logo

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama juga blog ni tak diupdate. Tapi tak berhabuk sebab selalu juga disapu. Hehe... Ke"busy"an melanda diri plus kekontangan idea antara faktor kenapa blog ni tidak diupdate. Anda semua dah tau kan yang saya ada sebuah kedai online? Kalau belum tahu klik gambor di bawah ni.

Ni merupakan logo terbaru kedai online Cik F yang di"design" oleh kenalan Cik F. Kalau korang berminat nak dapatkan servis untuk design logo boleh hubungi Cik F ye. Nanti Cik F rekemen dekat kenalan Cik F tu.. Harga murah saja.. Tak mahal sebab beliau merupakan pendesign amatur lagi. Buat secara freelance je. Jadi kalau berminat boleh hubungi saya melalui Facebook ye. 

Actually saya nak kenalkan produk2 yang dijual di kedai online saya. Tapi sebab dah tercerita pasal logo n servis design ni macam tak best pulak nak cerita pasal produk lain. Takpe lah. Nanti Cik F buat entry baru untuk produk2 di kedai online Cik F. Makanya...terpaksalah tajuk asal entry ni ditukar....

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan produk2 Islamik boleh lah ke kedai online www.nurnikmart.com. Pelbagai produk Islamik yang ditawarkan dengan harga berpatutan. Macam-macam ada. Dah macam "giant Islamik" dah. 

Ok, see you on the next entry.... 

Wassalam.


Ingin berniaga online-------> http://bit.ly/15Su14U
Ingin kerja sambilan--------> http://bit.ly/Zoc1Lz

Tuesday 26 February 2013

Muslim Niaga (Re-post)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tujuan saya re-post mengenai Muslim Niaga ni sebab saya nak bagitahu ada update mengenai pakej premium Muslim Niaga. Bagi yang minat untuk menjadi RANIA Muslim Niaga tetapi merasakan RM498 itu cukup besar nilainya bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, saya ada BERITA BAIK untuk anda semua.

Yuran pendaftaran PAKEJ PREMIUM MUSLIM NIAGA kini dah diturunkan kepada RM300 sahaja dan kos operasi bulanan tetap RM50.

Bagi yang masih belum tahu apa itu Muslim Niaga, meh saya terangkan sekali lagi.

Apa itu Muslim Niaga?
Muslim Niaga menyediakan platform bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan online. Bagi anda yang berminat dengan perniagaan online tetapi tak tau macam mana nak mula, atau takde produk, atau takde    modal.. di sini la tempatnya. Muslim Niaga menyediakan platform perniagaan secara "dropship" .

Apa itu "dropship"?
Dropship ialah teknik pembekalan barangan terpilih di mana penjual tidak perlu menyimpan stok. Bila ada tempahan produk atau pembelian dari pelanggan, segala proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal. Kalau ada yang tak faham meh rujuk gambarajah di bawah.



Apabila anda mendaftar pakej premium Muslim Niaga, anda akan menerima satu website yang dikenali sebagai kedai online. Contoh kedai online boleh klik di sini. Nak cuba membeli pun boleh. :)

Untuk menjalankan perniagaan dropship ni anda tidak memerlukan produk, malah tidak perlu menyimpan produk pun. Semua produk akan disediakan oleh Muslim Niaga.

Jika anda mempunyai produk pula, anda boleh bekalkan kepada Muslim Niaga. Tiada kos tambahan yang dikenakan oleh Muslim Niaga. Malah Muslim Niaga tidak mengambil sebarang keuntungan terhadap produk yang anda bekalkan. Anda cuma perlu daftar pakej premium Muslim Niaga untuk menjadi pembekal. Tetapi syarat tambahan untuk menjadi pembekal anda perlu mengaktifkan kedai online anda selama 6 bulan sekali gus. Sebenarnya, ada diskaun jika anda mengaktifkan 6 bulan. Anda dapat jimat RM60 berbanding anda mengaktifkan kedai online setiap bulan. Bagi pakej serendah ini, anda bukan sahaja dapat menjual produk anda, anda juga mendapat agen baru untuk mengedar produk anda. Selain itu, anda juga boleh menjual produk-produk yang sudah tersedia di kedai online anda.

Apa produk yang disediakan?
Kebanyakan produk yang disediakan oleh Muslim Niaga merupakan produk Islamik. Dah nama pun Muslim kan.... Contohnya Al-Quran Digital, wangian Kasturi Syifa, buku2 Islamik, makanan kesihatan berasaskan Habatussauda, pakaian muslimah, telekung travel dan banyak lagi. Dalam gambar di bawah ini anda boleh lihat senarai 30 produk paling HOT di Muslim Niaga setakat bulan Januari lalu.


Apa yang anda perlu sediakan hanyalah sebuah komputer dengan connection internet. Jika anda mempunyai smartphone, itu merupakan bonus tambahan bagi anda. Anda boleh respon kepada customer anda di mana2 saja dengan mudah dan pantas. 

Anda tidak perlu risau kalau anda tak reti macam mana nak bangunkan laman web, ataupun kos untuk bangunkan laman web yang tinggi. Di Muslim Niaga selepas anda mendaftar, dengan automatiknya anda menjadi rakan niaga atau lebih dikenali sebagai "RANIA". Anda juga akan menerima satu laman web yang dikenali sebagai "kedai online" seperti contoh yang anda lihat tadi. Apa yang perlu anda lakukan cuma sediakan nama domain untuk kedai online anda. Nama domain tu merupakan nama atau alamat web kedai online ada. Contohnya "www.namadomain.com". 

Jadi kalau anda berminat untuk membuat perniagaan online, di sini anda dah jumpa caranya dan tempatnya.... Jangan risau, ni bukan MLM atau saham yang macam login duit yang "login facebook duit masuk tu". Memang boleh login facebook duit masuk tu, tapi ada caranya. Kita sendiri yang promosi produk dalam kedai online kita, kalau ada jualan ada lah duit masuk. Yang penting usaha...dan tawakal.

Selain itu juga, anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai menjalankan bisnes sorang2. Bantuan dan sokongan akan diberikan kepada anda melalui Support Group di Facebook. Segala masalah dan pendapat boleh dibincangkan di situ. Staff2 Muslim Niaga dan RANIA yang lain akan membantu anda. Maknanya anda perlu la ada akaun Facebook untuk join bisnes ni.


Di sini saya kongsikan sedikit gambar testimoni dari RANIA2 Muslim Niaga. 



Ok lah, bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muslim Niaga, anda boleh klik di sini untuk ke laman web Muslim Niaga. Jika anda ada kemusykilan atau inginkan maklumat lebih lanjut, boleh PM di facebook saya. InsyaAllah saya akan berikan service terbaik untuk anda. 

Klik pada imej untuk maklumat lanjut Muslim Niaga
"Pabila Peniaga Islam Bersatu, Kami Menggegar Ekonomi Dunia." 
^
.
.
.
Tagline Mukmin Global

Sekian saja untuk entry kali ini. Wassalam. :)


Saturday 26 January 2013

Owh tidak!!! Virus shortcut menyerang!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mengalami situasi di mana, anda pergi ke kedai printing untuk print assignment, tiba2 semua fail dalam pendrive anda jadi shortcut??

"Owh tidak!!! kenapa jadi macam ni. Bila anda klik fail tersebut tak boleh bukak. Mana pergi assignment2 aku ni?? penat semalaman tak tidur buat assignment ni. Dah la takde backup. Hari ni deadline nak submit assigment ni pulak. Habis la aku...." Anda mula gelabah. Begini la jadinya fail2 dalam pendrive anda.


Tahukah anda yang ini semua disebabkan oleh virus sahaja?? Virus yang apetah namenye tu telah menyembunyikan file2 anda. Ada beberapa setting yang perlu dilakukan untuk mengembalikan file2 anda itu. Tetapi ia agak berisiko sebab takut file2 penting dalam komputer anda akan hilang pulak nanti.

So sekarang ni saya nak share satu software untuk mengatasi masalah "virus shortcut" ni. Anda boleh download "virus shortcut remover" di link ini dan simpan applikasi ini di semua device anda seperti pendrive, memory card, external hard disk, laptop dan tak lupa juga di pendrive rakan2 anda supaya anda sentiasa ada backup bila masalah ini berlaku.

Cara untuk remove virus tersebut.. tak perlu install pun.. cucuk je device yang bermasalah 2 lepas 2 run software tadi. Bila run, anda akan dipaparkan dengan pop-up macam ni,


kalau anda nak remove virus di pendrive atau other external memory, klik button "pendrive" tu. Lepas 2 pop-up tersebut akan berubah seperti ini.

ok, rujuk gambar di atas dan baca arahan di bawah. Nombor2 dalam gambar tersebut merupakan step2 yang anda perlu lakukan.
  1. pilih device anda
  2. klik button "scan". dua pop-up akan terpapar. klik je "yes" dan "ok"
  3. kalau device anda tu ada virus, list virus akan terpapar di ruangan "select file to delete". tick semua n klik button "delete" untuk hapuskan virus yang dah menghuru-harakan assignment kita tu. theheeheee :'(
File yang disembunyikan tu akan kelihatan semula. InsyaAllah..yeay!! Selamat assignment aku. 

Mesti ada yang wondering kenapa ada logo uitm di situ. Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, aplikasi ni merupakan produk uitm (tak sure dibuat oleh student or staff). Apa2 pun, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan software ni. Sangat2 membantu.

Nota tambahan : 
  • always scan your device every time after you connect your device to other PC
  • keep your antivirus up-to-date
  • always backup your assignment/important file to other memory
Sekian, wassalam. :)




Wednesday 16 January 2013

Dakwah Melalui T-Shirt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini saya nak update, selain bekerja dengan Team Muslim Niaga, saya juga bekerja dengan Team Ezy Artz Studioz.. Sebenarnya sama je dua2...dua2 ahli yang sama. Cuma projek yang berlainan. Ehehe... Muslim Niaga menyediakan platform dan servis untuk perniagaan online. Ezy Artz Studioz pula mengusahakan projek "Dakwah is Fun".

Di Ezy Artz Studioz, usaha kami lebih tertumpu kepada menjual tshirt yang berunsurkan dakwah. Kami tidak menjalankan dakwah secara extreme dengan memberi ceramah, sebab kepakaran kami bukan di situ. Tetapi kami menjual tshirt yang mempunyai design berunsur dakwah yang mengajak semua ke arah kebaikan. Kami jugak tidak sempurna, masih dalam usaha membetulkan diri masing2. Tak salah kan kalau kita berpesan-pesan? Ingat mengingati? Dalam masa yang sama kita ingatkan diri kita juga.:)

Sekarang ni Team Ezy Artz Studioz sedang mengadakan promosi Jualan Penghabisan Stok. 

Jadi dapatlah anda membeli baju-baju dari design kami pada harga yang lebih rendah. Jika kita tak mampu nak berdakwah dengan suara, berdakwahlah dengan kata-kata di baju ini. Sekarang jom cekidaut saiz2 yang available. Kalau2 anda berkenan dengan design baju2 ni n saiz anda pun available jugak, juz PM me on facebook to place order.

 Untuk t-shirt "Freedom for Gaza " ini RM5 dari setiap pembelian anda akan disumbangkan ke Gaza melalui Tabung Aman Palestine









INFO MENGENAI T-SHIRT:

  • untuk stock yang available, tshirt adalah "round-neck" dan "lengan pendek"
  • material 100% cotton
  • ketebalan 180gsm
  • design menggunakan teknik "silkscreen" kecuali Freedom for Gaza yang menggunakan teknik "heatpress"
Ini pula measurement untuk setiap saiz.


Jadi jika pembaca semua nak dapatkan tshirt ni, PM je saya di facebook. Saya akan beritahu maklumat lanjut untuk cara membeli. Selain itu kami juga sedang mencari agent2 untuk menjual stok baru tshirt2 design kami yang bertemakan dakwah. Kami akan menambah design2 baru dari semasa ke semasa dan buat sharing di group Facebook. Jika anda berminat untuk menjadi agent juga, PM saya. Saya akan beri maklumat lanjut. :)

Sekian, wassalam. 

Sunday 13 January 2013

Nak berniaga tapi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini saya cuma nak update yang saya dah pun tamat latihan industri di Mukmin Global Sdn Bhd. Sebenarnye dah lama pun tamat.  Tiga minggu lepas. Tapi baru nak update. Wakakaka.... lambat betul. Lantak la, blog aku. Jadi sekarang lengkaplah requirement saya untuk menjadi graduan Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran. Tinggal nak tunggu result semester ni n konvo je lagi. InsyaAllah... Walaupun saya dah tamat degree, tak bermakna saya dah habis belajar. Pencarian ilmu takkan berakhir sampai bila-bila. :)

Dan untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah, saya diserap untuk bekerja di MGSB sebagai pekerja tetap. Syukur Alhamdulilla tak sempat menganggur. Rezeki datang awal. Semoga tempat ini menjadi tempat terbaik untukku menyumbang ilmu dan kemahiran yang aku ada. Dan dapatlah aku belajar ilmu yang bermanfaat juga di sini.

Untuk pengalaman praktikal, hari tu dah goreng dalam report LI, jadi malas nak cerita lagi dah. Hehe... Cukup semua rasa yang dilalui. Manis, pahit, masin, pedas semua ada. Itulah yang mematangkan kita. (ecewah....matang sangat lettew...)

Hehe...kalau korang perasan, dekat tab kat blog saya atas tu ada tab "My Online Shop". Maksudnye apa tu? Itu la kedai online saya. Jemput la singgah dan membeli. Hehe....

Akhirnya terlaksana jugak impianku untuk berbisnes. Sebenarnya walaupun aku ni student matematik, tapi aku juga berjiwa bisnes. Pandai sangat aku berjiwa. Haha....dari mana minat tu datang...mungkin keturunan jugak kot. Ibu ayah dan makcik pakcik aku ramai yang berbisnes, tapi kecil-kecilan je la...dari situ la kot minat tu datang. Aku dengan kembar aku pun selalu bincang pasal bisnes, nak buat SDSI la kt kampung...duk fikir produk SDSI kami tuh. Masa diploma dulu pun aku pernah buat bisnes jual perfume..tapi tak berapa menjadi sebab kekangan masa dan kecetekan ilmu bisnes. Jadi bisnes tu terkubur di situ saja.

Dan dengan kewujudan Facebook yang menjadi viral di kalangan penduduk bumi ni terutamanya student, dah ramai yang berniaga secara online di Facebook. Ini telah sekali lagi menarik minat aku untuk berniaga online pulak. Tapi masalah yang aku hadapi, aku tak tahu nak jual apa. Lepas tu, aku tak tahu nak cari barang dekat mana, lepas tu aku tak tahu nak letak barang dekat mana sebab aku menyewa rumah dengan kawan ramai2. Biasa la student......lepas 2 mcm mana aku nak buat delivery or pergi borong barang sebab aku takde transport. Dan selalunya yang menjadi masalah utama untuk berniaga ni ialah modal. Jadi hasrat aku tu dipendamkan je la dulu. Study lagi baik. Ingat tujuan aku datang U ni. Huhu....

Dan apabila aku berada di semester terakhir sebelum praktikal, senior aku dah praktikal. Memang la macam tu sepatutnya kan?? haha...jadi ada sorang senior ni bgtau yang tempat praktikal dia nak cari orang untuk praktikal kat situ untuk sem depan. So aku apply je la.. n ada jugak aku apply tempat lain. Dan sesudah beberapa ketika, aku menerima tawaran dari beberapa tempat, termasuk MGSB. Memandangkan MGSB je yang menawarkan elaun dekat aku, jadi aku terima je la praktikal di sini. Hehe...

Dan bila aku dah masuk praktikal di sini...baru la aku tahu impian yang aku pernah pendamkan dulu tu boleh diselesaikan di sini rupanya....itu la... tak buat research.. haha... Masalah takde produk, takde ruang, takde transport, tak cukup modal tu bukan la masalah besar sebenarnya. Sebab Muslim Niaga ada penyelesaiannya. Ehh..korang tau kan MGSB ni company apa? kalau tak tahu sila rujuk entry aku yang lama2 tu. Hehe...

Salah satu impian aku dah pun terlaksana iaitu untuk memiliki bisnes sendiri. Walaupun di bawah platform Muslim Niaga, tapi dikira bisnes sendiri jugak la sebab aku sendiri yang handle. Terasa macam aku bermonolog sorang2 pulak malam ni, haha....

Jadi pembaca semua, since korang dah tahu aku ada "kedai", rajin2 la singgah ye. Tak kisah la korang nak window shopping pakai window 7 ke, window 8 ke, singgah je... aku tak suruh korang bayar pun. :D kalau2 ada yang berkenan di hati tu jemput la beli ye. Itu kena bayar. hehe.... panduan untuk membeli juga disediakan di laman web tu. Cara paling mudah korang sms or pm je saya. :)

Kalau ada pembaca2 yang berminat jugak nak ada kedai online sendiri, boleh rujuk entry saya yang lepas. Tajuk "Muslim Niaga" tu. Kalau korang ade sebarang kemusykilan, PM je saya di fb. Saya kan memang dah kerja di Muslim Niaga. Hohooooo......InsyaAllah saya akan memberi servis yang terbaik untuk anda semua. :)

Rasanya sampai di sini entry aku buat kali ini. Sekejap aku, sekejap saya, harap korang faham.. :D

Tak best entry tanpa gambar. Jadi terima la gambar ni yg menunjukkan aku dh x sabar. :)



Sekian, Wassalam.