Saturday 8 September 2012

Nothing Much

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok, mood nak tulis entry dah datang.

Alhamdulillah, merujuk entry bertarikh 25 Jun 2012 saya dengan ini ingin menyatakan bahawa saya sudah pun menjalani kesibukan peperiksaan dan projek tahun ini dengan jayanya. Berformat surat rasmi la pulak ayat aku ni kan. Orang lain dah lama update pasal kemerdekaan fyp, aku baru nak kecoh. Dah hilang eksaited dah pun. Haha...xpe lah.. Dan sekarang, tinggal satu je lagi course yg aku perlu ambil untuk mendapatkan Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran iaitu Latihan Industri. Ya, dah tak ada kelas lagi lepas ni. Suasana pun dah lain. Tak sama macam dulu. Kalau dulu boleh datang kelas, dengar lecture, balik. Lepas ni pergi kerja, buat kerja. Kena apply apa yg dibelajar selama ni. Dan belajar benda baru. Cabaran taktau lagi macam mana. Kita tengok isnin nanti. Harap2 semuanya ok. Doakan saya berjaya menjalani latihan industri ni dengan jayanya. 

Ok, tu je nak bgtau. 

Sekian.