Saturday 26 January 2013

Owh tidak!!! Virus shortcut menyerang!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mengalami situasi di mana, anda pergi ke kedai printing untuk print assignment, tiba2 semua fail dalam pendrive anda jadi shortcut??

"Owh tidak!!! kenapa jadi macam ni. Bila anda klik fail tersebut tak boleh bukak. Mana pergi assignment2 aku ni?? penat semalaman tak tidur buat assignment ni. Dah la takde backup. Hari ni deadline nak submit assigment ni pulak. Habis la aku...." Anda mula gelabah. Begini la jadinya fail2 dalam pendrive anda.


Tahukah anda yang ini semua disebabkan oleh virus sahaja?? Virus yang apetah namenye tu telah menyembunyikan file2 anda. Ada beberapa setting yang perlu dilakukan untuk mengembalikan file2 anda itu. Tetapi ia agak berisiko sebab takut file2 penting dalam komputer anda akan hilang pulak nanti.

So sekarang ni saya nak share satu software untuk mengatasi masalah "virus shortcut" ni. Anda boleh download "virus shortcut remover" di link ini dan simpan applikasi ini di semua device anda seperti pendrive, memory card, external hard disk, laptop dan tak lupa juga di pendrive rakan2 anda supaya anda sentiasa ada backup bila masalah ini berlaku.

Cara untuk remove virus tersebut.. tak perlu install pun.. cucuk je device yang bermasalah 2 lepas 2 run software tadi. Bila run, anda akan dipaparkan dengan pop-up macam ni,


kalau anda nak remove virus di pendrive atau other external memory, klik button "pendrive" tu. Lepas 2 pop-up tersebut akan berubah seperti ini.

ok, rujuk gambar di atas dan baca arahan di bawah. Nombor2 dalam gambar tersebut merupakan step2 yang anda perlu lakukan.
  1. pilih device anda
  2. klik button "scan". dua pop-up akan terpapar. klik je "yes" dan "ok"
  3. kalau device anda tu ada virus, list virus akan terpapar di ruangan "select file to delete". tick semua n klik button "delete" untuk hapuskan virus yang dah menghuru-harakan assignment kita tu. theheeheee :'(
File yang disembunyikan tu akan kelihatan semula. InsyaAllah..yeay!! Selamat assignment aku. 

Mesti ada yang wondering kenapa ada logo uitm di situ. Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, aplikasi ni merupakan produk uitm (tak sure dibuat oleh student or staff). Apa2 pun, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan software ni. Sangat2 membantu.

Nota tambahan : 
  • always scan your device every time after you connect your device to other PC
  • keep your antivirus up-to-date
  • always backup your assignment/important file to other memory
Sekian, wassalam. :)




1 comment:

  1. terbaikkk!!!! selesai masalah, tak jadi nak berpeluhhhh hahaha

    ReplyDelete