Sunday 13 January 2013

Nak berniaga tapi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di sini saya cuma nak update yang saya dah pun tamat latihan industri di Mukmin Global Sdn Bhd. Sebenarnye dah lama pun tamat.  Tiga minggu lepas. Tapi baru nak update. Wakakaka.... lambat betul. Lantak la, blog aku. Jadi sekarang lengkaplah requirement saya untuk menjadi graduan Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran. Tinggal nak tunggu result semester ni n konvo je lagi. InsyaAllah... Walaupun saya dah tamat degree, tak bermakna saya dah habis belajar. Pencarian ilmu takkan berakhir sampai bila-bila. :)

Dan untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah, saya diserap untuk bekerja di MGSB sebagai pekerja tetap. Syukur Alhamdulilla tak sempat menganggur. Rezeki datang awal. Semoga tempat ini menjadi tempat terbaik untukku menyumbang ilmu dan kemahiran yang aku ada. Dan dapatlah aku belajar ilmu yang bermanfaat juga di sini.

Untuk pengalaman praktikal, hari tu dah goreng dalam report LI, jadi malas nak cerita lagi dah. Hehe... Cukup semua rasa yang dilalui. Manis, pahit, masin, pedas semua ada. Itulah yang mematangkan kita. (ecewah....matang sangat lettew...)

Hehe...kalau korang perasan, dekat tab kat blog saya atas tu ada tab "My Online Shop". Maksudnye apa tu? Itu la kedai online saya. Jemput la singgah dan membeli. Hehe....

Akhirnya terlaksana jugak impianku untuk berbisnes. Sebenarnya walaupun aku ni student matematik, tapi aku juga berjiwa bisnes. Pandai sangat aku berjiwa. Haha....dari mana minat tu datang...mungkin keturunan jugak kot. Ibu ayah dan makcik pakcik aku ramai yang berbisnes, tapi kecil-kecilan je la...dari situ la kot minat tu datang. Aku dengan kembar aku pun selalu bincang pasal bisnes, nak buat SDSI la kt kampung...duk fikir produk SDSI kami tuh. Masa diploma dulu pun aku pernah buat bisnes jual perfume..tapi tak berapa menjadi sebab kekangan masa dan kecetekan ilmu bisnes. Jadi bisnes tu terkubur di situ saja.

Dan dengan kewujudan Facebook yang menjadi viral di kalangan penduduk bumi ni terutamanya student, dah ramai yang berniaga secara online di Facebook. Ini telah sekali lagi menarik minat aku untuk berniaga online pulak. Tapi masalah yang aku hadapi, aku tak tahu nak jual apa. Lepas tu, aku tak tahu nak cari barang dekat mana, lepas tu aku tak tahu nak letak barang dekat mana sebab aku menyewa rumah dengan kawan ramai2. Biasa la student......lepas 2 mcm mana aku nak buat delivery or pergi borong barang sebab aku takde transport. Dan selalunya yang menjadi masalah utama untuk berniaga ni ialah modal. Jadi hasrat aku tu dipendamkan je la dulu. Study lagi baik. Ingat tujuan aku datang U ni. Huhu....

Dan apabila aku berada di semester terakhir sebelum praktikal, senior aku dah praktikal. Memang la macam tu sepatutnya kan?? haha...jadi ada sorang senior ni bgtau yang tempat praktikal dia nak cari orang untuk praktikal kat situ untuk sem depan. So aku apply je la.. n ada jugak aku apply tempat lain. Dan sesudah beberapa ketika, aku menerima tawaran dari beberapa tempat, termasuk MGSB. Memandangkan MGSB je yang menawarkan elaun dekat aku, jadi aku terima je la praktikal di sini. Hehe...

Dan bila aku dah masuk praktikal di sini...baru la aku tahu impian yang aku pernah pendamkan dulu tu boleh diselesaikan di sini rupanya....itu la... tak buat research.. haha... Masalah takde produk, takde ruang, takde transport, tak cukup modal tu bukan la masalah besar sebenarnya. Sebab Muslim Niaga ada penyelesaiannya. Ehh..korang tau kan MGSB ni company apa? kalau tak tahu sila rujuk entry aku yang lama2 tu. Hehe...

Salah satu impian aku dah pun terlaksana iaitu untuk memiliki bisnes sendiri. Walaupun di bawah platform Muslim Niaga, tapi dikira bisnes sendiri jugak la sebab aku sendiri yang handle. Terasa macam aku bermonolog sorang2 pulak malam ni, haha....

Jadi pembaca semua, since korang dah tahu aku ada "kedai", rajin2 la singgah ye. Tak kisah la korang nak window shopping pakai window 7 ke, window 8 ke, singgah je... aku tak suruh korang bayar pun. :D kalau2 ada yang berkenan di hati tu jemput la beli ye. Itu kena bayar. hehe.... panduan untuk membeli juga disediakan di laman web tu. Cara paling mudah korang sms or pm je saya. :)

Kalau ada pembaca2 yang berminat jugak nak ada kedai online sendiri, boleh rujuk entry saya yang lepas. Tajuk "Muslim Niaga" tu. Kalau korang ade sebarang kemusykilan, PM je saya di fb. Saya kan memang dah kerja di Muslim Niaga. Hohooooo......InsyaAllah saya akan memberi servis yang terbaik untuk anda semua. :)

Rasanya sampai di sini entry aku buat kali ini. Sekejap aku, sekejap saya, harap korang faham.. :D

Tak best entry tanpa gambar. Jadi terima la gambar ni yg menunjukkan aku dh x sabar. :)



Sekian, Wassalam.


No comments:

Post a Comment