Sunday 25 November 2012

Muslim Niaga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kalau anda ingat, atau mungkin anda ada terbaca salah satu post saya di mana saya ada janji nak cerita pasal company tempat saya praktikal or LI (latihan industri) kan? Ok, kali ni saya tunaikan. Maklum laa... dah nak habis LI ni... dah nak kena buat report.... so kena la study sikit... boleh jugak buat report kat sini.. hehe...

Ok, sepertimana yang anda sedia maklum, saya LI di Mukmin Global Sdn. Bhd.(MGSB). Pejabat urusannya terletak di Kompleks Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam. Sebenarnya MGSB ni merupakan company baru yang ditubuhkan secara rasminya pada May 2012. Produk yang dihasilkan oleh MGSB ini ialah Muslim Niaga.

Apa itu Muslim Niaga??
Muslim Niaga menyediakan platform bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan online. Bagi anda yang berminat dengan perniagaan online tetapi tak tau macam mana nak mula, atau takde produk, atau takde    modal.. di sini la tempatnya. Muslim Niaga menyediakan platform perniagaan secara "dropship"

Apa itu dropship?
Dropship ialah teknik pembekalan barangan terpilih di mana penjual tidak perlu menyimpan stok. Bila ada tempahan produk atau pembelian dari pelanggan, segala proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal. Kalau ada yang tak faham meh rujuk gambarajah di bawah.

Proses urusan dropship
Segalanya dah diterangkan dari gambarajah dia atas, jadi rasanya tak perlulah saya terangkan lagi mengenai dropship ni. Gambarajah sudah menerangkan segalanya. Kalau Cik F terangkan sendiri takut melalut pulak. hehe...

Apabila anda mendaftar dengan Muslim Niaga, anda akan menerima satu laman web kedai online anda sendiri. Kalau anda nak tengok contoh kedai online boleh klik di sini. Kalau nak shopping pun boleh... hikksss....=D

Untuk menjalankan perniagaan dropship ni anda tidak memerlukan produk, malah tidak perlu menyimpan produk pun. Semua produk akan disediakan oleh Muslim Niaga.

Apa produk yang disediakan?
Kebanyakan produk yang disediakan oleh Muslim Niaga merupakan produk Islamik. Dah nama pun Muslim kan.... Contohnya Al-Quran Digital, wangian Kasturi Syifa, buku2 Islamik, makanan kesihatan berasaskan Habatussauda, pakaian muslimah, telekung travel dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu sediakan hanyalah komputer dengan connection internet. Jika anda mempunyai smartphone, itu merupakan bonus tambahan bagi anda. Anda boleh respon kepada customer anda di mana2 saja dengan mudah dan pantas. 

Anda tidak perlu risau kalau anda tak reti macam mana nak bangunkan laman web, ataupun kos untuk bangunkan laman web yang tinggi. Di Muslim Niaga selepas anda mendaftar, dengan automatiknya anda menjadi rakan niaga atau lebih dikenali sebagai "RANIA". Anda juga akan menerima satu laman web yang dikenali sebagai "kedai online" seperti contoh yang anda lihat tadi. Apa yang perlu anda lakukan cuma sediakan nama domain untuk kedai online anda. Nama domain tu merupakan nama atau alamat web kedai online ada. Contohnya "www.namadomain.com". 

Jadi kalau anda berminat untuk membuat perniagaan online, di sini anda dah jumpa caranya dan tempatnya.... Jangan risau, ni bukan MLM atau saham yang macam login duit yang "login facebook duit masuk tu". Memang boleh login facebook duit masuk tu, tapi ada caranya. Kita sendiri yang promosi produk dalam kedai online kita, kalau ada jualan ada lah duit masuk. Yang penting usaha...dan tawakal. 

Segala-galanya dah disediakan, jadi berapa modal yang anda fikirkan untuk menjadi RANIA??? Berapa yang anda sanggup bayar??? Owh....lupa pulak nak bagitau, apabila anda mendaftar dengan Muslim Niaga, anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai menjalankan bisnes sorang2, bantuan dan sokongan akan diberikan kepada anda melalui Support Group di Facebook. Segala masalah dan pendapat boleh dibincangkan di situ. Staff2 Muslim Niaga dan RANIA yang lain akan membantu anda. Maknanya anda perlu la ade akaun Facebook untuk join bisnes ni. Ok, jadi berapa anda sanggup bayar???
Ade kena mengena ke pic ni?? Mcm comel je.. aku masukkan la. HIHI
Modal untuk memiliki kedai online dengan produk yang tersedia + bantuan dan sokongan + tak perlu membungkus dan membuat penghantaran hanyalah RM498 untuk pendaftaran dan RM50 setiap bulan untuk kos operasi. Semuanya sudah tersedia.

Walaupun MGSB masih baru, tapi ia dibangunkan oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan internet selama lebih 10 tahun. Muslim Niaga dah masuk tv ok.... tengok video di bawah.



Tu video temuramah Muslim Niaga di Astro Awani pada bulan Julai yang lalu. Yang ditemuramah tu la big bos saye... Encik Khairul Fadhli, CEO MGSB. 

Ok, kalau ada yang berminat untuk menjadi RANIA Muslim Niaga dan memiliki kedai online sendiri, anda boleh klik di sini.

But Wait!!!!!


Sempena bulan Muharram ni, kita ada promosi!!


walaupun sekarang dah hampir pertengahan Muharam, promosi ini masih belum berakhir. Jadi apa tunggu lagi, klik pada imej Promosi Awal Muharram di atas untuk maklumat lanjut dan membuat pendaftaran. 

"Pabila Peniaga Islam Bersatu, Kami Menggegar Ekonomi Dunia." 
^
.
.
.
Tagline Mukmin Global

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment