Friday 9 November 2012

Diploma Sains Kuantitatif

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tujuan saya buat entry ni sebab nak cerita pasal kos yang saya belajar semasa diploma dulu. Ni la kos die, Diploma Sains Kuantitatif. Tahu ke?? Tahu takpa... Tak tahu ni che' nak ceghita la ni.


Cerita ni lebih kepada hala tuju lepas SPM jugak la sebenarnya. Berdasarkan pengalaman saya, saya tak tau pun kos ni pasal ape, belajar pasal ape, kalau dah grade nnt boleh kerja ape... Masa sekolah dulu pun tak tau yang kos ni wujud. 


Masa sekolah dulu subjek yang saya betul2x minat hanyakah subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Masa saya 2 last batch yg amik science n math dalam Bahasa Melayu, so nama subjek dalam bahasa melayu jugak la.. Subjek lain bukannye x suka..tp yg melibatkan pengiraan ni yang paling saya suka la. Saya dulu aliran Sains Tulen n ade belajar Teknologi Maklumat jugak. Dan juga gatal2 amik subjek Tassawur Islam untuk SPM sebab zaman ni budak SPM tengah berlumba-lumba nak amik subjek banyak gara2 Ahmad Atiq dan Amalina Che Bakri. Tapi tak mampu la nak amik subjek banyak macam diorang. Saya amik 12 subjek je iaitu 11 subjek memang subjek wajib kalau masuk aliran sains n plus Tasawwur Islam tadi tu.


Cik F kalau cerita mesti melalut ke cerita yang lain. Haihh.. Ok berbalik kepada cerita matematik tu... memang kalau boleh nak sambung study kos matematik je. Sejarah, Fizik, Kimia tu taknak!! Tapi isi jugak borang matrik yg memang kena belajar subjek sains tulen tu. Haha...tak tau hala tuju...isi je.. Masa tu taktau sangat pasal diploma ni. Yang tau matrik ngan STPM je kalau nak sambung degree. 


Pada satu hari tu, saya pergi la jumpa cikgu kaunseling iaitu Cikgu Azwan sebab nak mintak sain ke ape tah. Mintak sain la kot. Haha.. sebab seingat saya masa tu cikgu tanya kenapa nak masuk matrik?? Saya jawab ape tah. Tak ingat laa... huhu.. dah lama kot. Yang saya ingat cikgu tanya tak minat ke nak sambung diploma? Saya cakap diploma lama kan?? Matrik setahun je... bajet taknak study lama sebab nak kerja awal. Macam cikgu praktikal yang mai ajaq kat sekolah saya dulu, ada yang lepasan STPM dan Matrik. Yang lepasan matrik tu muda setahun dari lepasan stpm. So saya nak muda macam tu la... hehe.. sebab masa tu memang tabik kat budak2 matrik konon2 depa pandai la sebab habis awal. Tapi memang depa pandai pun. Tapi budak2 lain pun pandai jugak la. Tapi mind set masa tu dah cakap budak matrik pandai. Fikir jugak masa tu layak ke aku masuk matrik?? Tapi isi je la.. mana tau rezeki kann...


Masa borang UPU dah keluar pun isi jugak. Masa saya dulu pakai borang manual lagi.. xde online2 ni..ade ke tak saya saya tak pasti. Tapi masa saya tu isi manual je atas kertas. Borang amik kat sekolah (cikgu belikan). Kena bayar berapa ringgit ntah. Ok tu tak penting pun nak tau. huhu... Sekarang ni xde dah borang2 manual ni kalau nak apply UPU.. as time change kan.. Borang manual tu yang puas tengok. Sebab masa tu siap dapat buku panduan isi borang lagi.. senang sikit nak conteng2. Dalam buku tu pun ada penerangan setiap kos diploma dan asasi yang ditawarkan di semua IPTA di seluruh Malaysia. Penerangan tak la banyak sangat pun.. yang ada kat situ penerangan kalau nak ambik kos tu apa kelayakan yang diperlukan. 


Saya memang belek semua kos yang ada. Yang paling menarik perhatian saya ialah kos yang menekankan subjek matematik dan matematik tambahan sebagai kelayakan utama tak termasuk subjek2 sains yang lain. So memang yang menjadi tarikan masa tu kos dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif. Ada 4 kos yang ditawarkan iaitu diploma sains kuantitatif, sains komputer, sains aktuari dan statistik. Yang saya pernah dengar pasal kos matematik statistik je masa tu. So memang empat2 subjek ni memang dalam pertimbangan lah. 


Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.. iaitu hari result SPM keluar. Ok, cuak!! haha.. Sampai2 kat sekolah masa tu jumpa kawan.. Die dah amik result. Pastu die bagitau kat saya "hang dapat A1 addmath." (camtu la lebih kurang ayat dia. hometown che' kat utara na. sebab tu cakap camni. hehe...) Ek elehh.. x suprise la diorang ni bagitau awal2.. tapi macam mana pun saya bersyukur jugak sebab at least ada A. Macam mana pun nervous jugak nak p jumpa guru kelas iaitu Cikgu Basri. Yang dah tau satu je.. yang lain2 taktau. Risau jugak sebab masa exam spm tak perform baik sangat pun.. So takyah suprise2 sangatlah cerita ni. P amik result, cikgu cakap tahniah. Kamu sambung la kos matematik. Kata cikgu Basri. And the result is Alhamdulillah ada la beberapa lagi yang A n semua kredit. Matematik pun A. Cikgu Basri ni pun cikgu matematik aku.. Terima kasih cikgu :).


Oh, credit to Cikgu Rosmawati too as my Cikgu Matematik Tambahan. Dia pun jumpa aku wish tahniah. Hehe.. Also thanks to all my teachers at SMK Panglima Bukit Gantang. 


Pada hari tu jugak, saya bersembang sikit dengan sorang kawan yang luas sikit pengetahuan dan pengalaman beliau. Dia tanya nak masuk Asasi ke?? tak berani lah aku dengan result tak seberapa nak A sangat ni. Buatnye x dapat mana2... duk rumah tanam padi la jawabnye.. haha. So saya tanya pasal kos sains kuantitatif tu sebab matematik kan... Dia cakap memang kos tu belajar matematik. Statistik pun matematik jugak. Sains aktuari tak tanya pulak sebab requirement die hight sikit. hehe.. 


Jadi pilihan pertama saya Sains Kuantitatif sebab kos ni ditawarkan di banyak cawangan termasuk perak, kedah dan perlis. Ni yang paling dekat dengan rumah aku. Statistik kt kelantan je ada. Kalau dapat kos tu memang kena jadi mek kelate la jawabnya... 


Dan bila result UPU diumumkan aku dapat kos pilihan pertama 2, Diploma Sains Kuantitatif dekat UiTM Seri Iskandar. Nak ke tak.. masa ni dalam pertimbangan nak pegi Matrik Penang jugak beberapa hari lagi. Barang2 pun banyak dah beli. Yuran pun dah bayar. My sis suggest sambung diploma 2 sebab dekat dengan rumah dia. Klu apa2 senang. Dia tak yakin dengan aku la tu sebab pernah cabut dr sbp. Huhu... tapi sebenarnya Matrik 2 lagi dekat. Dia risau aku tak boleh cope kalau masuk matrik. Aku pun tak berapa yakin jugak sebenarnya. Yang aku suka matematik je. Haha... So the wise decision, aku buat istikharah dan lepas 2 ikut rasa hati dah takde perasaan nak masuk matrik. Terima je la apa2 yang bakal berlaku 3 tahun berikutnya..


Apa yang aku buat, bila lepak kat CC, aku google pasal "sains kuantitatif". Google yang dapat nama pulak padahal aku guna Yahoo! kot masa 2. Huhu... ok la, aku search pasal Diploma Sains Kuantitatif. Seingat aku tak banyak info sangat yang aku dapat. So ni tujuan aku tulis entry ni supaya adik2 yang nak tau pasal kos ni dapat info mengenai sains kuantitatif. Harap2 trafik untuk entry aku naik la so that adik2 dapat maklumat pasal kos ni. Mana tau ada yang search in English jugak. Ok, Diploma in Quantitative Sciences. Supaya entry ni masuk dalam trafik carian google. Jadi ni la sebenarnya isi2 penting entry aku kali ni. Hahaha... panjang kemain intro. Maaf...maaf.. kalau ada yang terbaca entry ni dari atas sampai sini dan rasa semua ni tak penting. Ok ok... aku tulis besar2 ek.. 



Perenggan di atas untuk panduan adik2 yang masih bersekolah dan perenggan di bawah untuk adik2 yang nak sambung diploma dan ingin mengetahui mengenai kos sains kuantitatif.

Entry "Diploma Sains Kuantitatif" bermula dari sini. 

Untuk menjadi pelajar UiTM, anda harus mahir Bahasa Inggeris sebab kat sini pembelajaran dan pembelajaran semua menggunakan kata pengantar ini. Tapi asal korang melepasi syarat kelayakan tu ok la.. tak perlu risau sangat sebab semua student uitm merupakan bumiputera. Kalau English korang x berapa bagus sangat korang boleh belajar dengan kawan2 lain. Lagipun dalam tempoh 3 tahun tu banyak yang anda akan belajar dan percayalah, penguasaan Bahasa Inggeris anda akan meningkat.


Overall kos ni berkaitan matematik. Mula2 blurr jugak. Matematik ni boleh keje ape. Tapi lecturer cakap banyak keje berkaitan matematik. Semua benda dalam dunia ni berkaitan matematik sebenarnya. 


Kos ni bukan belajar matematik je. Apa2 yang berkaitan dengan math semua kami belajar. Contohnya calculus, statistics, accounting, economic, finance, dan macam2 lagi. Subjek pasal komputer pun ade jugak. Banyak jugak la belajar benda baru yang sebelum ni tak pernah terfikir pun nak belajar. Tapi memang best. Rasa macam dunia ni terbentang luas. Cita2 bukan setakat standard masa kanak2 dulu macam cikgu, jururawat, doktor..


Sedikit overview pasal subjek dalam kos ni,


Calculus :  masa diploma, korang akan belajar 4 level of calculus which are pre-calculus, calculus 1, calculus 2, and calculus 3. Subjek ni memang best. Pre-calculus tu macam korang belajar addmath je. Tapi rasa macam lagi senang. Masa saya dulu memang lecturer terangkan kenapa macam ni, kenapa formula dia macam 2.. Sampai terfikir..kenapa la masa sekolah dulu tak rasa senang macam ni. Saya rasa sebab specialization untuk course tu memang matematik. So memang kita akan belajar lebih detail la. Lepas lulus precalculus korang akan move to the next level..calculus 1, and next.. and next..sampai calculus 3. Semuanya berkait. Satu pesanan untuk subjek yang berkait mcm ni, korang jangan fail paper sebab kalau tak korang kena repeat paper 2 dan tak boleh amik level yang berikutnya. So akan rugi masa di situ.


Statistics : subjek ni belajar pasal survey, macam mana nak kira survey, tabulate data, analysis... subjek ni sangat penting kalau korang nak buat estimation nanti katakan nanti korang ada bisnes ataupun kerja dengan mana2 company. Subjek ni la yang membantu korang menentukan sama ada patut atau tidak sesuatu projek itu dibangunkan. Tu salah satu contoh.. banyak lagi function subjek ni..


Accounting :  selama ni aku tak pernah terfikir yang aku akan belajar account. Ye la dulu amik sains tulen. Bila belajar subjek ni aku jadi suka buat accounting. Kegunaan mesti korang tau kan? Yang ni belajar basic je la.. kire kalau korang nak buka bisnes dah boleh buka bisnes la. hehe..


Management & Human Resource : pun tak pernah terfikir akan belajar subjek ni. Ni subjek membace. Rasa kelakar pulak sebab selalunye dengar orang tak suka subjek math. Tp sekarang lain pulak situasinya bila dengan coursemate yang semua pencinta matematik. Masing2 x suka subjek membaca dan menghafal macam ni. Nampak la sisi berbeza dalam kerjaya dan masa depan korang bila belajar subjek ni.


Programming C++ : ni subject programming. Macam yang korang guna web, system, application semua ni kan. Di sebalik kewujudan benda2 canggih ni ade programming dibelakangnya. Nak bangunkan benda2 ni semua guna programming la. Tapi bukan C++. C++ ni paling basic n kite belajar perkara basic je. Subjek ni ramai yang kata susah. Tapi saya suka. Tak susah pun sebenarnya. Macam study matematik je.. Kena pahamkan basic, study dari awal. Tu je..

Finance : selain belajar account, korang juga akan belajar basic finance. Belajar kita duit. Kalau korang nak buat loan ke beli kereta ke boleh la kira sendiri nanti.. hehe..


Operation Research : ni subjek paling feveret sebabnye... subjek ni nampak application math kat mana yang kita boleh apply bila kerja nnt. Nama pun research kan.. so kat sini kita buat sikit research, contohnya macam kita ada company, berapa banyak produk yang kita perlu keluarkan untuk satu2 jenis produk, cara nak optimized profit.. yang macam tu macam tu lah. Byk lagi applicationnye. Kalau minat belajar lah nanti. hehe..


BEL : ni subject English yang semua student diploma UiTM wajib ambik. Ade 3 level. 


CTU : ni pulak subjek Islam dan tamadun yang semua student UiTM yang beragama Islam wajib ambik. Ada 3 level jugak untuk diploma.

Ok la. Subjek2 ni je yang saya tekankan di sini. Selain subjek ni ade korang ade jugak belajar subjek2 berkaitan komputer, beberapa subjek matematik yang lain seperti probability, mathematical logic, research dan sebagainya. 


Selalu jugak orang tanya saya belajar kos ape. Saya jawab Sains Kuantitatif. Orang tanye kos ape 2? Nak jadi doktor ke??( hahaha....layak ke jadi doktor.. Doktor Falsafah boleh.. :)). Saya jawab belajar Matematik... Orang tanye..0oo..jadi cikgu ke?? Haihh.. asal matematik je cikgu. huhu... Saya jawab tak la.. banyak je kerja sebenarnya boleh jadi selain cikgu. Tapi memandangkan saya pun tak kerja lagi so tak berani sangat nak komen. Huhu...saya jawab la keje opis. Kadang2 keje kilang. hehe... 


Untuk lepasan Diploma Sains Kuantitatif macam2 sebenarnya korang boleh jadi sebab tengok la overview yang saya bg. Belajar banyak cabang. So korang boleh buat pilihan untuk kerja apa yang korang minat. 


Ok untuk peluang kerjaya:



The graduates of this programme are able to fulfill the work force requirement in the financial institutions, manufacturing industries, banking industries, marketing, and business and management in the public and private sectors. They could be employed as:
  • Quantitative Research Assistance
  • IT Support Executives
  • Customer Service Executives
  • Statistics Researchers
  • Market Research Executives
  • Quality Control Executives
  • EDP Operations Support Analysts
  • Assistance Business Analysts
  • Programmers
  • Production Supervision/Operators
  • Training Executives
  • Bank Executives
saya petik dari laman web FSKM. Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal kos ni atau kos2 lain boleh klik kat gambar di bawah ni.




Bagi saya tak rugi pun sambung diploma. Sebab macam2 pengalaman yang korang akan dapat. Umur 18 dah rasa suasana sebenar belajar dekat U. Seawal usia 19 tahun korang dah layak jadi pemimpin mahasiswa (MPP). 


Lagipun kan banyak subjek yang korang belajar, so pengetahuan korang bertambah luas. Orang cakap student lepasan diploma lagi matang dari student lepasan matrik. (ye la umur pun dah tua. huhu..)


Since kite belajar banyak subjek, mesti ada subjek yang korang suka n tak suka. So ni akan menentukan mana hala tuju korang lepas ni pulak. Tak kira korang nak sambung degree atau terus kerja. Macam saya, saya sambung degree.


Kawan2 saya ramai yang sambung degree. Tak lama pun sambung degree. Ade certain2 subjek yang dah belajar masa diploma dah tak perlu belajar masa degree. Contohnye degree korang ade subjek calculus. Since diploma dah boleh belajar, korang boleh transfer kredit je.

Kalau korang nak sambung degree math kat uitm boleh masuk part 3 terus. Dapat skip 2 sem. Aku dulu masuk part 2 sbb x banyak subjek same. wuwuwuw....:( So degree korang jadi 2 taun stgh je. Belajar 2 tahun, 1 sem lagi praktikal. 

Saya sambung degree Matematik Pengkomputeran a.k.a. "mathcomp". Hehe... Kawan2 saya ada yang sambung Matematik Pengurusan, Matematik minor account, Sains Aktuari dan ada jugak statistik. Computer Science pun ade. Tak kurang jugak ade yang lari ke fakulti bisnes amik finance n marketing. Dan ade jugak yang betul2 lari dari math amik masscom. Tu tak kisah la bergantung kepada minat masing2.


Ok lah, rasanya info2 ni dah cukup untuk adik2 yang nak cari sedikit maklumat mengenai sains kuantitatif. So, selamat berjaya semua. Buat lah yang terbaik dalam apa juga yang dilakukan. 


Sekian, wassalam. :))

37 comments:

  1. PANJANG giler post ko.. xlarat rase nak baca.. hahaa

    bagos la ko cik F..

    ReplyDelete
  2. Thanks akak. Saya baca dari mula sampai habis. Sy minat maths, tp takut nak apply. Calculus susah sangat tak sbb ada budak foundation ckp calculus susah.

    ReplyDelete
  3. klu minat math x susah pun...klu spm ok, insyaAllah calculus ok :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak. I just got my result, and well A tak banyak mana pun. Kurang dari 5 but Math A and Addmath B. Saya ada tanya senior saya dia suruh saya ambek kos Sains.Q ni. Tapi saya terfikir dengan result saya yang tak excellent mana ni boleh ke nak go on?

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. kalau minat math apply je... B is still ok.. nnt adik akan blajar balik subject ala2 add math. lepas 2 mesti rasa.. "laa...kenapa cikgu x ajar macam ni dulu..." hehe... yg penting fokus, jgn main2 ;)

    ReplyDelete
  6. thanx akak..
    suka bca blog akak..sy dpt sains matematik uitm..
    sy memang minat math..tp x thu apa subjek yg akn sy blaja..
    lpas baca blog akak, rasa lga ckit..

    akak...klu nk smbung jd ckgu pun bleh je kn?

    ReplyDelete
  7. saya minat math tapi addmath saya usually dapat C/D during exam. sesuai ke eh dengan bidang ni?

    ReplyDelete
  8. thankyou so much! hehe rasa macam berminat pulak nk ambil sains kuantitatif ni.

    ReplyDelete
  9. rasa berminat pulak nak ambik kos ni. saya minat mengira matematik, tapi result spm saya matematik A addmaths pulak D. sesuai tak nak ambik ?

    ReplyDelete
  10. rasa berminat pulak nak ambik kos ni. saya minat mengira matematik, tapi result spm saya matematik A addmaths pulak D. sesuai tak nak ambik ?

    ReplyDelete
  11. Saya minat nak ambik course ni tapi yelah, peluang pekerjaan die cerah tak kak? kan ada banyak cabang lagi...

    ReplyDelete
  12. Saya minat nak ambik course ni tapi yelah, peluang pekerjaan die cerah tak kak? kan ada banyak cabang lagi...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.... thanks akak sbb share some information about this topics...

    ReplyDelete
  14. kalau saya nak smbg study utk jadi lecturer pun boleh kan ? means nya saya kena study and terus further study kan ? sbb saya nak sgt jadi seorg pndidik .

    ReplyDelete
  15. Salam...boley x terangkan cara nak jadi cikgu matematik...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam...boley x terangkan cara nak jadi cikgu matematik...

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum , kak boleh saya tanya ... kos nie ade berape subjek erk ??? And boleh tak kak terang sikit lagi pasal finance and human resources tuu ?? Kalau tak keberatan akak boleh bagi number whatsapp?senang saye nak tanyee huhu

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum , kak boleh saya tanya ... kos nie ade berape subjek erk ??? And boleh tak kak terang sikit lagi pasal finance and human resources tuu ?? Kalau tak keberatan akak boleh bagi number whatsapp?senang saye nak tanyee huhu

    ReplyDelete
  20. So apa jadi gn barang2 nak gi matriks tu? Yuran matriks? Simpan ke buang?

    ReplyDelete
  21. matematik pengurusan tu mcm mana akak?saya ad search tpi msih x clear lgi.mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  22. kalau ambil math minor acc berapa tahun ye slpas dip sn m3 .

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..btw,sy pun sek panglima jgk..haha..tngh tnggu result spm..sy minat math..rsa mcm nk mbik kos ni..tp,ntahlerr..haha

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Kak kalau amik sains kuantitatif ni boleh jadi lecturer tak?

    ReplyDelete
  26. kalau amik sains kuantitatif ni maknanya boleh la nk jadi cikgu?

    ReplyDelete
  27. kalau amik sains kuantitatif ni maknanya boleh la nk jadi cikgu?

    ReplyDelete
  28. Sy dpt B+ je addmt , tp math dpt A+ , blh apply ke sains matematik ?

    ReplyDelete
  29. apa beza sains kuantitatif dan sains aktuari ? Saya x tahu nk pilih yg mna. Saya minat math n addmath. SAins kuantitatif ada berkaitan dgn ekonomi x?

    ReplyDelete
  30. akak amik degree mathcomp nnt boleh jadi apa? and lepas degree akak buat apa?

    ReplyDelete
  31. Thank you. Any detail tak untuk contact for more information ��

    ReplyDelete
  32. Thanks cik f for the information. Sangat membantu

    ReplyDelete
  33. Thanks cik f for the information. Sangat membantu

    ReplyDelete
  34. Your contents are too simple to read and easy to understand.online project management diploma

    ReplyDelete
  35. praktikal? praktikal dia mcm mne ?

    ReplyDelete
  36. praktikal? praktikal dia mcm mne ?

    ReplyDelete