Thursday 4 October 2012

Sebulan dah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dah hampir sebulan saya menjalani latihan industri di Mukmin Global Sdn Bhd. Pernah dengar nama company tu? Kalau tak sila la google ye. Hehehe....Insya-Allah saya akan buat entry pasal company saya kerja tu satu hari nanti. Pengalaman setakat ni, Alhamdulillah.. Seronok. Dengan bos, staff, dan rakan sepraktikal yang lain. Bergaul dengan ramai orang jugak terutama customer2 company saya. Seronok tengok semangat mereka dalam melakukan perniagaan dan sangat bermotivasi tinggi dan saling tolong-menolong.

Hari ni ofis didatangi oleh seorang akak (tp bersama family beliau lah. Ada juga customer lain yang datang.). Ok, berbalik kepada "akak" tadi, sebenarnya apa yang membuatkan saya nak tulis entry kali ni adalah berpunca dari beliau. Masa tu bos takde, so ade lah sembang2 sikit dengan dia.

Dia tanya la, praktikal kat sini buat kerja apa. Kebetulan pulak masa tu memang takde kerja sbb bos tak tinggalkan kerja untuk kami semua budak praktikal.. So dia cakap daripada buang masa macam tu buat la sesuatu yang boleh develop minda kita. Dari sekarang mulakan tulis blog. Kalau boleh, tulis setiap hari tentang apa saja. Mengenai minat kita ke... Apa yang terlintas di fikiran. Betul jugak, memang tulis blog ni men"develop"kan minda kita. Membuatkan otak kita lebih berfikir.

Ok la, setakat ni je entry saya kali ni. Doakan yang terbaik untuk praktikal saya ni. Saya ada cita2 yang besar, dan saya nampak ada jalan untuk saya mencapai cita2 saya di sini.

Sekian. :))

No comments:

Post a Comment