Sunday 14 October 2012

Gemuruh Suara~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

memandangkan blog ni agak suram sejak akhir2 ni, meh kita layan video ni. Copied from the description of the video at youtube,
Embrace the spirit of Team Malaysia. It's the Gemuruh Suara music video!

The passion and pride of Team Malaysia performed by Malaysians from all walks of life, from citizens to celebrities, in one rousing and stirring video.

Performed by : Ramli Sarip,Caprice & One Buck Short
Memang rasa semangat tu semacam je bila dengar lagu ni. Tambah pulak semangat kesukanan saya terserlah sejak mula praktikal ni. Mana tak nya, tengok aktiviti2 yg dah dibuat sepanjang 5 minggu kembali ke Shah Alam ni.

1. Jogging.
    Memang sekarang ni rasanya saya nak giatkan aktiviti berjogging ni sebab best. Best?? Sebab tu je?? huhu... tak lah. Tapi memang best la. Tujuan nk giatkan aktiviti jogging ni sebab nk tingkatkan stamina. Kalau tidak, tak exercise, rasa badan penat je. Jalan sikit dah penat. Macam mana nak pusing satu shopping complex? Kalau setakat Plaza Alam Sentral tu boleh la sebab kecik. Kalau macam Time Square tu?? Penat!! Nak pergi Lowyat lagi cari barang komputer, pusing2 KL Sentral tengok barang, nak jalan ke Monorail lg. Penat kot kalau tak cukup stamina. Eh, melalut dah. Huhu... Berbalik ke topik jogging tadi, setakat ni baru sekali pun dapat jogging kat Tasik Shah Alam. Tasik Seksyen 7 belum berkesempatan lagi sejak mula praktikal ni. Maklum lahh...sejak bekerjaya ni I busy uollsss.... busy memenuhkan masa hujung minggu dengan roomates baru. Kalau weekdays memang tak sempatlah. Tapi jogging pusing tasik sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah ciptaan Allah SWT sambil sumbat telinga dengan earfon dengar lagu memang "feel"nya sangat awesome!! Kalau tak jogging, jalan pun jadilah. ehee... ^_^


2. Badminton.
   Dah lama tak main badminton. Dulu zaman2 sekolah rajin la main kat kampung. Bila dah besar sikit kurang main. Malas nak keluar rumah. Panas!! Nanti hitam kulit I. Macam la puteh sangattt.... Tapi baru minggu kedua masuk praktikal, team Mukmin Global dah ajak main badminton kat atas Giant Seksyen 7. Pegi la dan main la. Best jugak!! Walaupun dah lama tak main tapi masih boleh bermain. Maksudnya skill masih ada. Huhu...tapi tak la sehebat encik CEO kiteww dan atlet2 SAF tuww.. Game kedua terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu dan aktiviti ni direhatkan buat seketika sebab management team tengah pancit. Maklum la.. Banyak outstation. Tapi next game bakal menyusul..

3. Cycling.
   Ni yang paling best tapi melibatkan kos sikit. Pun baru sekali berpeluang cycling untuk semester ni di Bukit Cerakah. Hari tu pergi dengan roomates yang 2 orang tu, Cik Y dan Cik T. Kononnye nak pegi cycling awal pagi sebab kalau lambat2 nanti panas. Tapi maklumla...bila tiga anak dara bersiap, lambat la sikit jadinye... Alang2 ke Bukit Cerakah kan... nak buat la fotografi sikit...kena la pakai cantik2 kan.... Lepas 2 bila difikir-fikirkan kat Bukit Cerakah tu mesti lama sebab besar. So breakfast la dulu untuk mengelakkan kepancitan tenaga semasa cycling. Sesampainye di Bukit Cerakah, dah beli tiket, pegi kat tempat sewa basikal.... dah habis basikalnye... kena tulis nama kat waiting lists. So pusing2 la dulu Bukit Cerakah tu naik bas. Tengah hari jugak baru dapat cycling. Akhirnye kan... dapat jugak. Tapi tak lama pun cycling.. sejam je sebab Cik T dah tak larat. Maklumla kawasan berbukit... Mengah dibuatnye bila mendaki tapi berangin bila menuruni. Lajuuu.... Hehe... Tapi nasib baik I baru jogging, ada stamina, tak la penat sangat cycling untuk sejam tu. Steady je..tak baik riak Cik F...

4. Squasy.
   Hehehe....ni gara2 si roomates si Cik T dan Cik Y la ni. Cik Y memang pandai main squasy manakala si Cik T pulak teringin nak main. Disebabkan satu malam tu saya lapar, si roomates ni pulak nak makan lepas main squasy. So saya pun ikut la mereka2 ni main squasy dulu kat pusat sukan uitm. Alang2 masuk tu kan... main la jugak. Best rupanya. Main sekejap je la sebab bagi peluang si roomates berdua tu main puas2. 

5. Solitaire.

  Ni pun boleh tersenarai ke? Ahaha....game ni tersenarai sebab kebosanan yang melampau di ofis taktau nak buat ape bagi hilangkan rasa mengantuk masa takde kerja. Beberapa kali main tapi selalunya kalah!!! 

Cukup terserlah tak semangat kesukanan Cik F tu?? Tu baru 5 minggu, belum 14 minggu. Hehe... Apa2 pun bersukan, bersukan jugak.. Tanggungjawab, ibadah tu jangan dilupakan. Report LI jangan lupa dibuat. Buku log perlu sentiasa di"up-to-date". Jangan sampai supervisor nak datang baru terhegeh-hegeh nak mintak sign dari bos. (pesanan untuk diri sendiri.)



Niat asalnye nak letak video je kat entry ni sebab dah lama takde post. Tapi bila dah start menaip ni ada pulak idea nak menulis. Alhamdulillah.... :)) Terima kasih Ya Allah atas ilham Mu.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment