Wednesday, 4 November 2015

Vitamin C untuk CANTIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Vitamin C ni salah satu vitamin Shaklee yang Cik F paling konsisten. Sebabnya?? First kesan dia yang sangat bestt. Lepas tu harga dia sangat berpatutan, senang cakap memang harga dia murah la and tahan lama. Sebotol ada 180 biji, sehari cuma makan sebiji je.. so maknanya tahan 6 bulan. Jadinya memang konsisten la makan kan sebab stok lambat habis. 

Macam yang Cik F pernah bagitahu sebelum ni, permulaan Cik F consume ESP & Vitamin E untuk kulit. Masa tu vitamin C ni out of stock seluruh malaysia. Dalam 2 bulan macam tu baru ada stock. Cepat2 Cik F grab sebab ramai yang cakap vitamin C ni bagus bagi kulit cerah n gebus gebass gitewww.. 

Lepas sebulan Cik F consume vitamin C secara konsisten dah nampak beza. Kalau sebelum tu Cik F consume, ESP n Vitamin E rasa jerawat & parut dah semakin kurang, bila tambah vitamin C kesan dia lagi terasa. Kulit lebih cerah & kurang berminyak & jerawat tak berapa nak tumbuh sangat.

Hasil gabungan tiga2 supplement ni buatkan tekstur kulit makin baik. Parut2 hitam&merah tu makin lama makin hilang and parut berlubang pun dah berkurang. Sebabnya

ESP merupakan protein yang membaiki sel-sel kulit dan membina sel-sel baru kulit. ESP bekalkan protein mencukupi dari soya non-gmo untuk membina semula sel pada bahagian kulit tersebut. 

Vitamin E sememangnya terkenal sbg komponen yg membantu masalah parut serta menyembuhkan luka dengan cepat, membaiki tekstur kulit & melancarkan peredaran darah.

Vitamin C membina kolagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah & halus. Gabungan ESP, Vitamin E & Vitamin C memberi kesan yg efektif dalam mengatasi masalah parut berlubang



Tapi kali ni Cik F nak cerita detail pasal Vitamin C sebab bulan ni tengah promo Vitamin C ni...

Beli 1 harga murah dari biasa, beli 2 diskaun 5%, beli 6 percuma 1. 

Best kan???
Ok sambung topik kita, vitamin C sangat popular untuk kecantikan kulit sebab ia berfungsi dalam penghasilan kolagen. Kolagen sangat penting untuk kulit kerana ia membuatkan kulit kita menjadi anjal dan halus. Vitamin C juga penting untuk membuatkan kulit kita kelihatan lebih cerah.

Nampak tak pointnya kat situ?? hehe...

Kalau rasa tak mampu atau tak mahu beli kolagen, cuba la amalkan Vitamin C secara konsisten dan berdisiplin dari usia muda. InsyaAllah kulit akan cantik dan kelihatan muda kerana diberi nutrisi sedari awal.

Vitamin C Shaklee ni sebenarnya mempunyai banyak khasiat tapi kali ni Cik F nak fokuskan mengenai kecantikan kulit dulu :)


Bagaimana Vitamin C membantu dalam Kecantikan Kulit?

  Perlindungan dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu yang juga boleh mengakibatkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

 Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit menjadi gebu dan warna tona pada muka sekata. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan pembentukan tisu bagi penyembuhan yang cepat.

Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


Vitamin C juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

 
 
Apa beza Vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain di pasaran?

Terdapat banyak sangat jenama Vitamin C yang dijual di pasaran. Tetapi apa yang membezakan Vitamin C Shaklee??

1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik.
Kesemua vitamin dari rangkaian Shaklee adalah vitamin semulajadi termasuk Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas. Rugi kan?? Jadi, penting untuk kita memastikan vitamin yang kita ambil itu adalah semulajadi sebelum kita membeli sesuatu vitamin.

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'
Vitamin C merupakan vitamin larut air, mudah termusnah dan tidak tersimpan lama dalam badan kita.
Dengan teknologi sustained release membolehkan vitamin bertahan lebih lama dalam badan kita kerana Vitamin C (500mg) dilepaskan ke dalam badan secara perlahan-lahan dan berterusan selama lebih kurang 5 jam. 100 mg bagi setiap 1 jam. 

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan 7 setengah biji oren.
Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, kita akan mendapat manfaat seperti memakan 7 setengah biji oren setiap hari.

4. Lengkap dengan bioflavonoids (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).
Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids. Hanya asid askorbik sahaja. Ini bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen dalam tumbuh-tumbuhan yang dijumpai banyak dalam buah-buahan citrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. 



  
So for those yang tengah cari supplement untuk kecantikan kulit dan nak yang bajet rendah memang Cik F cadangkan korang cuba vitamin C ni sebab walaupun harganya murah tapi kesan dia memang terbaik dan mempunyai banyak khasiat.

Asyik cakap murah je kan, berapa harga dia?? Ok kalau ikut harga pasaran RM98 sebotol. Tapi kalau korang nak harga lebih murah boleh contact Cik F nanti Cik F bagi harga kasih sayang untuk korang (flying kiss emoticon).

RM98 sebotol = 6 bulan
maknanya sebulan cuma perlu spend lebih kurang RM17 je..
 memang mampu milik dan berbaloi sangat kan??


Sekian, wassalam.



No comments:

Post a Comment